Lima penyandang Exco Melaka kekal

AYER KEROH 19 Nov. – Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka termasuk lima penyandang dikekalkan bagi membentuk barisan pentadbiran baharu negeri.

Mereka yang dikekalkan Dr Muhamad Akmal Saleh (Merlimau);  Rais Yasin (Sungai Udang); Abd Razak Abd Rahman (Telok Mas);  Dr Fairul Nizam Roslan (Asahan) dan Hameed Mytheen Kunju Basheer (Ayer Limau).

Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia berlangsung di Dewan Utama Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, di Seri Negeri, di sini hari ini.

Mendahului senarai, Dr Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO, diikuti Rais; Abd Razak  dan Dr Fairul Nizam.

Turut mengangkat sumpah, ADUN Ayer Molek, Mohd Ridhwan Mohd Ali; ADUN Klebang, Lim Ban Hong; ADUN Gadek, S Nadarajah, ADUM Rim Khaidirah Abu Zahar dan ADUN Bukit Katil, Muhammad Ridzuan Sarif.

Istiadat berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam itu melengkapkan pembentukan barisan pentadbiran negeri pimpinan Ketua Menteri,  Dr Ab Rauf Yusoh.

Pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka ke-16, Sabtu lalu, BN-PN memenangi 24 daripada 28 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh empat kerusi.

Ab Rauf kemudian mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 bagi penggal kedua pada Ahad lalu.

Sementara itu Ab Rauf berkata Dr Muhammad Akmal memegang portfolio Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital; Rais (Agama, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kos Sara Hidup) dan Abdul Razak (Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kemajuan Desa).

Dr Fairul Nizam (Pelancongan, Warisan, Budaya dan Perpaduan) serta Hameed Mytheen (Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti).

“Saya pula menyandang portfolio Perancangan Ekonomi, Kewangan, Tanah, Pelaburan dan Industri,” katanya.

Muka baharu, Mohd Ridhwan memegang portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi dan TVET; Lim Ban Hong (Kesihatan dan Modal Insan); Nadarajah (Belia, Sukan dan NGO); Khaidhirah (Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Muhammad Ridzuan (Pertanian, Alam Sekitar dan Pengurusan Bencana.

Ab Rauf berkata dua ADUN dilantik sebagai Timbalan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Tanah, Pelaburan dan Industri iaitu ADUN Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem (Tugas-tugas Khas) dan ADUN Machap Jaya Ngwe Hee Sem (Pelaburan dan Industri).

ADUN Rembia Ahmad Norazril Abd Aziz pula sebagai Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, ADUN Lendu Abdul Hakim Abdul Wahid (Timbalan Exco Agama, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kos Sara Hidup) dan ADUN Durian Tunggal  Dr Mustafa Musa (Timbalan Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti).

ADUN Pengkalan Batu Siti Aisyah Mahmood (Timbalan Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat), ADUN Kuala Linggi Rosli Abdullah (Timbalan Exco Pertanian, Alam Sekitar dan Pengurusan Bencana), ADUN Sungai Rambai Jezlee Pit (Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kemajuan Desa).

ADUN Serkam Azman Abdullah (Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Budaya dan Perpaduan), ADUN Pantai Kundor Tuminah Kadi @ Mohd Hashim (Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan TVET), ADUN Taboh Naning  Zulkifli Mohd Zin (Timbalan Exco Kesihatan dan Modal Insan) dan ADUN Paya Rumput Rafie Ahmad (Timbalan Exco Belia, Sukan dan NGO).

Beliau turut mengumumkan ADUN Bemban Dr Mohd Yadzil Yaakub sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka manakala Speaker DUN akan diputuskan kemudian.

Pada PRU DUN Melaka ke-16 Sabtu lepas, BN dan PN menang 24 daripada 28 kerusi dipertandingkan sekali gus membentuk kerajaan negeri.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment