Empat kluster baharu

PUTRAJAYA 13 Nov. – Sebanyak 48 kluster aktif termasuk empat kluster baharu melaporkan kes baharu.

Secara keseluruhan, 191 kes baharu dikesan dalam kluster Tapak Bina Damanlela. Susulan itu, Kuala Lumpur melaporkan 201 kes baharu tempatan hari ini, 13 November 2020.

Empat kluster baharu direkodkan hari ini iaitu dua di Sandakan, Sabah dan masing-masing satu di Kuching Sarawak dan Jasin, Melaka.

Kluster Bonggaya di Sandakan, membabitkan kes indeks (ke-28154) hasil saringan komuniti pada 27 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.

Saringan kontak rapat mengesan 45 lagi kes positif Covid-19 dan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah, Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan. 

Bagi Kluster Jambatan B juga di Sandakan membabitkan kes indeks (ke-20,105) hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober lepas.

Saringan kontak rapat dan komuniti setempat telah mengesan sebanyak 52 lagi kes positif Covid-19 dan kesemua kes dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Covid-19, Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan.

Kluster Abell dikesan di Kuching, Sarawak, melibatkan kes indeks (ke-42016) yang dikenal pasti hasil saringan kendiri pada 10 November . 

Saringan kontak rapat mengesan 13 lagi kes positif dan kesemua kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Kluster BMU di Jasin, dengan kes indeks (ke-45077) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 11 November dan seterusnya dimasukkan ke Hospital Melaka. 

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan lagi kes positif Covid-19.

Sebanyak tiga kluster iaitu Kluster Selasih, Kluster Bah Pengkalan dan Kluster Bah Pasir diisytihar tamat hari ini.

Related posts

Leave a Comment