Tiada konflik kepentingan kontrak THiJARI

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Tiada konflik kepentingan dalam penganugerahan kontrak THiJARI bernilai RM4.53 juta kepada Cyber Village Sdn Bhd pada 2019, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata, pemilik atau pengarah syarikat itu tidak mempunyai hubung kait dengan kepemimpinan Tabung Haji (TH).

Zulkifli memberitahu demikian  dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang meminta Perdana Menteri menyatakan adakah TH sudah menjalankan semakan konflik kepentingan terhadap pihak tertentu berhubung kontrak THiJARI yang diberikan kepada Cyber Village pada 2019.

Menurut Zulkifli, TH sentiasa berusaha menambah baik penyampaian perkhidmatan supaya lebih mudah diakses oleh masyarakat dan ini dapat dicapai dengan pembangunan aplikasi digital dan platform dalam talian THiJARI sejak 2020.

Katanya, kontrak bagi membangunkan sistem yang memerlukan kepakaran khusus itu dibuat secara tender membabitkan penyertaan enam vendor serta melalui proses yang bertepatan dengan peraturan perolehan TH, termasuk semakan profil pegangan syarikat bagi mengelak berlaku sebarang konflik kepentingan.

Kontrak itu dianugerahkan kepada syarikat Cyber Village pada 2019 berdasarkan kriteria teknikal dan merit yang memenuhi keperluan TH, serta menawarkan kos projek yang paling kompetitif.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment