Kes baharu melonjak 6,239

PUTRAJAYA 9 Jun – Kes baharu Covid-19 di negara ini kembali melonjak selepas merekodkan 6,239 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu. Semalam Malaysia merekodkan 5,566 kes, menyaksikan trend penurunan beberapa hari sebelum kes meningkat semula hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 633,891 Daripada 6,239 kes, sebanyak 6,228 adalah kes tempatan melibatkan 5,377 warganegara dan 851 bukan warganegara manakala 11 lagi kes import melibatkan tujuh warganegara dan empat bukan warganegara. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 548,705 termasuk 7,386 kes sembuh baharu yang direkodkan. Kes kematian…

Read More

Filipina catat 5,462 kes baharu

MANILA 9 Jun – Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan mencatatkan 5,462 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di Filipina meningkat kepada 1,286,217. Bagi tempoh yang sama, jumlah pesakit yang sembuh meningkat kepada 1,210,027 orang atau 94.1 peratus termasuk kes pulih yang dilaporkan hari ini sebanyak 7,854. Jumlah kematian pula meningkat kepada 22,190 orang apabila 126 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Sementara itu jumlah kes aktif pula kini 54,000 atau 4.2 peratus.

Read More

Vaksin ke Selangor dipertingkat

PUTRAJAYA 9 Jun – Selepas Sultan Selangor menzahirkan rasa kecewa,  vaksin Covid-19 ke negeri Selangor akan dipertingkatkan dalam masa terdekat selain membuka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV), kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Menurut Khairy, keputusan itu dicapai hasil perbincangan dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang mengakui populasi golongan dewasa di negeri Selangor sangat tinggi berbanding negeri-negeri lain. Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, keutamaan dalam agihan vaksin seharusnya diberikan kepada negeri ini memandangkan Selangor adalah penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Baginda…

Read More

Covid-19: Raja-Raja bincang 16 Jun

KUALA LUMPUR 9 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini. Menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadli Shamsuddin hari ini, Yang di-Pertuan Agong berkenan menganjurkan sesi perbincangan itu di Istana Negara, di ibu negara. “Perbincangan khas ini berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat,” kata kenyataan itu. Ini adalah kali kedua perbincangan seumpama itu diadakan di Istana Negara sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan…

Read More

Selangor tambah kes baharu

PUTRAJAYA  9 Jun  – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 meningkat semula dengan kebanyakan negeri menambah kes sekaligus menyumbang kepada peningkatan kes hari ini iaitu sebanyak 6,239 berbanding 5,566 semalam. Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,291 berbanding 1,524 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 207,335. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mencatatkan 704 kes berbanding 466 semalam, Negeri Sembilan 507 (505), Johor 468 (456) dan Sarawak pula turun kepada  419 berbanding 707 semalam. Kelantan merekodkan 340 (204), Sabah 232 (350), Pahang 232 (157), Wilayah Persekutuan Labuan 200 (191), Pulau Pinang…

Read More

2,680 kes baharu di Thailand

BANGKOK 9 Jun – Sebanyak 2,680 kes baharu Covid-19 dan 35 kematian akibat pandemik itu dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan 185,228 kes dan 1,332 orang meninggal dunia. Daripada jumlah 2,680 kes baharu itu, sebanyak 2,400 adalah melibatkan kes dalam kalangan orang awam termasuk 11 import dan 280 kes di penjara. Bangkok merekodkan kes tertinggi dengan 1,096, Samut Prakan 491, Nonthaburi 132, Prachuap Khiri Khan 91, Pathun Thani 61, Samut Sakhon 42, Chonburi 40, Chachoengsao 37, Ayutthaya 35 dan Ratchaburi 34. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 4,253 pesakit…

Read More

Al-Quran : Hayati ajaran tersurat, tersirat

BERAKAS 9 Jun – Generasi muda yang akan menerajui pembangunan negara khasnya dan seluruh masyarakat amnya perlu menghayati ajaran yang tersurat dan rahsia yang tersirat di dalam al-Quran. Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkata, ini kerana al-Quran menyentuh seluruh aspek kehidupan, rohani dan jasmani, mental dan fizikal serta hubungan di antara ‘haliq’ dan sesama insan. Katanya, umat Islam sepatutnya mengambil peranan yang lebih besar dalam membangun perpaduan umat sejagat, di samping menjadi sumber inspirasi serta pencetus kepada inovasi tamadun dan kesaksamaan…

Read More

Tajuddin dikompaun RM1,500

KUALA LUMPUR 9 Jun – Bekas Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun RM1,500 kerana gagal memakai pelitup semasa mengadakan sidang media berkaitan kemalangan tren LRT di stesen KLCC, pada 25 Mei. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesalahan dilakukan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan Pencegah dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2021. Dalam satu kenyataan, beliau berkata tawaran kompaun sebanyak RM1,500 akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Pada 27 Mei lalu, polis memaklumkan telah memanggil Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak itu untuk dirakam keterangan…

Read More

Suntikan capai sasaran lebih 150,000

PUTRAJAYA 9 Jun – Jumlah suntikan harian vaksin Covid-19 negara mencapai sasaran lebih 150,000 pada 8 Jun. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) jumlah keseluruhan dos yang dicapai adalah 151,309. Menerusi infografik di akaun Twitter rasmi JKJAV, jumlah itu melibatkan angka bagi individu yang telah melengkapkan suntikan dua dos iaitu 45,587, manakala pemberian suntikan satu dos ialah 105,722. Jumlah keseluruhan yang telah menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos setakat 8 Jun adalah 3.8 juta. Manakala negeri yang paling tinggi dalam jumlah suntikan vaksin adalah Sarawak dengan 256,000, diikuti…

Read More

Guterres kekal SU Agung PBB

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan usul melanjutkan penggal Setiausaha Agungnya Antonio Guterres bagi penggal kedua. Bekas Perdana Menteri Portugal itu memegang jawatan berkenaan sejak 2017, Setiausaha Agung PBB yang ke-9. Sepuluh individu lain turut berminat untuk jawatan Setiausaha Agung itu tetapi tiada calon rasmi yang layak kerana tiada satu pun daripada 193 negara anggota menyatakan sokongan. Berikutan lanjutan penggal ini, penyelesaian konflik menjadi keutamaan Guterres yang dijangka disahkan Perhimpunan Aagung PBB tidak lama lagi. Ketika mula memegang jawatan berkenaan, Guterres berdepan cabaran mengehadkan kesan daripada dasar…

Read More