Thailand catat penurunan, 8,918 kes

BANGKOK 20 Okt. – Thailand merekodkan 8,918 kes baharu Covid-19 hari ini, jumlah jangkitan yang terus menunjukkan penurunan berbanding 9,122 semalam dan sebelumnya 10,111 ( 18 Oktober ) dan 10,863 ( 17 Oktober ).

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 18 adalah kes import dan iniĀ menjadikan jumlah keseluruhan 1,811,852 kes.

Pada masa yang sama, sebanyak 79 lagi individu dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 18,486 kematian.

Semalam, 10,878 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif pulih sebanyak 1,689,859.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok masih mendahului jumlah kes jangkitan dengan merekodkan 1,020 kes diikuti wilayah Selatan iaitu

Yala 704 kes, Pattani 520, Songkhla 484 dan Samut Prakan 359 kes.

Bangkok turut merekodkan 18 kematian dan wilayah Selatan mencatatkan 16 kematian termasuk lapan di Pattani dan empat di Yala.

Kes import pula melibatkan 10 individu dari Myanmar, dua dari Rusia , dan masing-masing satu dari Emiriyah Arab Bersatu, Poland, Sepanyol , Jerman , Sweden dan Malaysia.

Sementara itu, 103,507 pesakit mendapatkan rawatan di hospital termasuk 2,728 pesakit yang serius dan 619 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment