Filipina catat 5,462 kes baharu

MANILA 9 Jun – Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan mencatatkan 5,462 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di Filipina meningkat kepada 1,286,217.

Bagi tempoh yang sama, jumlah pesakit yang sembuh meningkat kepada 1,210,027 orang atau 94.1 peratus termasuk kes pulih yang dilaporkan hari ini sebanyak 7,854.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 22,190 orang apabila 126 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu jumlah kes aktif pula kini 54,000 atau 4.2 peratus.

Related posts

Leave a Comment