Covid-19: Raja-Raja bincang 16 Jun

KUALA LUMPUR 9 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini.

Menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadli Shamsuddin hari ini, Yang di-Pertuan Agong berkenan menganjurkan sesi perbincangan itu di Istana Negara, di ibu negara.

“Perbincangan khas ini berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat,” kata kenyataan itu.

Ini adalah kali kedua perbincangan seumpama itu diadakan di Istana Negara sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019.

Kali pertama perbincangan khas Raja-Raja Melayu dianjurkan berlangsung pada 25 Oktober 2020.

Related posts

Leave a Comment