Suntikan capai sasaran lebih 150,000

PUTRAJAYA 9 Jun – Jumlah suntikan harian vaksin Covid-19 negara mencapai sasaran lebih 150,000 pada 8 Jun.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) jumlah keseluruhan dos yang dicapai adalah 151,309.

Menerusi infografik di akaun Twitter rasmi JKJAV, jumlah itu melibatkan angka bagi individu yang telah melengkapkan suntikan dua dos iaitu 45,587, manakala pemberian suntikan satu dos ialah 105,722.

Jumlah keseluruhan yang telah menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos setakat 8 Jun adalah 3.8 juta.

Manakala negeri yang paling tinggi dalam jumlah suntikan vaksin adalah Sarawak dengan 256,000, diikuti Johor (239,000) dan Sabah (194,000).

Related posts

Leave a Comment