Kes baharu melonjak 6,239

PUTRAJAYA 9 Jun – Kes baharu Covid-19 di negara ini kembali melonjak selepas merekodkan 6,239 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Semalam Malaysia merekodkan 5,566 kes, menyaksikan trend penurunan beberapa hari sebelum kes meningkat semula hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 633,891

Daripada 6,239 kes, sebanyak 6,228 adalah kes tempatan melibatkan 5,377 warganegara dan 851 bukan warganegara manakala 11 lagi kes import melibatkan tujuh warganegara dan empat bukan warganegara.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 548,705 termasuk 7,386 kes sembuh baharu yang direkodkan.

Kes kematian pula meningkat kepada 3,611 apabila 75 lagi kematian dilaporkan manakala 905 dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 453 memerlukan bantuan alat pernafasan

Related posts

Leave a Comment