Selangor tambah kes baharu

PUTRAJAYA  9 Jun  – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 meningkat semula dengan kebanyakan negeri menambah kes sekaligus menyumbang kepada peningkatan kes hari ini iaitu sebanyak 6,239 berbanding 5,566 semalam.

Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,291 berbanding 1,524 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 207,335.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mencatatkan 704 kes berbanding 466 semalam, Negeri Sembilan 507 (505), Johor 468 (456) dan Sarawak pula turun kepada  419 berbanding 707 semalam.

Kelantan merekodkan 340 (204), Sabah 232 (350), Pahang 232 (157), Wilayah Persekutuan Labuan 200 (191), Pulau Pinang 194 (185), Perak 175 (225), Terengganu 171 (106), Melaka 150 (314), Kedah 135 (148), Wilayah Persekutuan Putrajaya 17 (27) dan Perlis 4 (1).

Related posts

Leave a Comment