AMSTERDAM: Badan kawal selia ubat-ubatan Eropah (EMA) berharap dapat memberikan keputusan kebenaran penggunaan vaksin Covid-19, Moderna kepada kanak-kanak berusia 12-17 tahun bulan depan. EMA akan mempercepatkan penilaian data yang dikemukakan, tetapi menjangkakan kelewatan sekiranya maklumat tambahan diperlukan. Vaksin dua dos itu sudah digunakan Kesatuan Eropah (EU) tetapi hanya untuk individu berusia 18 tahun dan ke atas. Vaksin itu juga digunakan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Sekiranya diluluskan, vaksin Moderna akan menjadi vaksin kedua digunakan untuk kanak-kanak di negara EU selepas Pfizer yang diberi lampu hijau bulan lalu. Vaksinasi dalam…
Read MorePenggunaan katil ICU 104 peratus
PUTRAJAYA 9 Jun – Penggunaan katil bagi pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital kerajaan seluruh negara mencecah 104 peratus pada Ahad lepas, meningkat daripada 96 peratus pada 24 Mei, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Menurutnya kadar penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus ini amat membimbangkan dan tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal kini dapat ditempatkan di ICU. Bagaimanapun kadar penggunaan katil bagi pesakit Covid-19 bukan ICU di hospital menunjukkan sedikit penurunan dalam tempoh dua minggu, iaitu daripada 99 peratus kepada 89 peratus. Begitu juga…
Read MoreKematian ke-34 di Singapura
SINGAPURA 9 Jun – Seorang wanita tempatan berusia 86 tahun meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19, menjadikan angka kematian di Singapura meningkat kepada 34 orang. Menurut Kementerian Kesihatan malam tadi, wanita itu mempunyai sejarah menghidap sejenis penyakit kencing manis yang diberi nama diabetes mellitus, kolesterol tinggi, penyakit darah tinggi dan hiptirodisme. Beliau disahkan dijangkiti Covid-19 pada 30 April semasa dimasukkan ke wad Hospital Khoo Teck Puat atas keadaan perubatan yang tidak berkaitan. Beliau tidak divaksin bagi Covid-19. Semalam empat kes jangkitan tempatan dilaporkan di Singapura termasuk seorang penghuni asrama pekerja.…
Read MoreZambry Setiausaha Agung BN
KUALA LUMPUR 9 Jun – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) melantik bekas Menteri Besar Perak Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu. Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi melalui kenyataan media malam tadi, susulan mesyuarat secara maya, yang dihadiri kesemua empat parti komponen – UMNO, MCA, MIC, dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju Azlan Man (Menteri Besar Perlis) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan BN Perlis yang baharu. Pada 5 Januari lepas, Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan memberitahu media beliau…
Read More2.173 bilion dos didaftar
LEBIH 2.173 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Selasa, 8 Jun. Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan 794 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan. Ini diikuti Amerika Syarikat sebanyak 302 juta dos manakala India dengan 236 juta dos vaksin. Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 60 juta dos adalah United Kingdom (UK) dan Brazil manakala Jerman 55 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 40 juta dan 39 juta dos. Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak…
Read MoreKadar R-naught Covid-19 0.95
PUTRAJAYA 9 Jun – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan selama lebih dua minggu berturut-turut. Angka itu susut ke 0.95 pada Selasa berbanding 0.97 hari sebelumnya. Bagaimanapun, beberapa negeri masih mencatat kadar R-naught melebihi purata kebangsaan. Labuan mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.26. Ini diikuti Sabah, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Kuala Lumpur dan Perak. Selangor, Johor, Putrajaya, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Perlis merupakan negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah 1.0. Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan…
Read More1,261 kes baharu di Arab Saudi
RIYADH 8 Jun – Kes positif Covid-19 bertambah 100 kes hari ini apabila merekodkan 1,261 kes baharu berbanding 1,161 yang dicatatkan semalam manakala 17 lagi kematian dilaporkan . Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah kes positif kini meningkat kepada 459,968 dengan 7,488 kematian. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 922 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 442,782. Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 401 diikuti Riyadh 304, Timur 167 dan Madinah 84. Sebanyak 9,698 kes aktif dilaporkan dan 1,580 dalam keadaan kritikal.
Read MoreIndonesia tambah 6,294 kes
JAKARTA 8 Jun – Kes positif Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 1,869,325 selepas 6,294 lagi kes baharu direkodkan manakala kes sembuh mencapai 1,717,370 orang termasuk 5,805 pesakit yang pulih hari ini. Jumlah kematian pula meningkat kepada 51,992 berikutan 189 lagi dilaporkan meninggal dunia sementara kes aktif bertambah 300 dengan jumlah keseluruhan 99.963 kes. Jawa Tengah merekodkan 1,489 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif 208,172, diikuti Jawa Barat 1.073 (322,624), Jakarta 755 (437,087), Jawa Timur 389 (157,016) dan Riau 345 (63,803). Lima wilayah yang merekodkan kes sembuh harian tertinggi pula adalah Jawa…
Read More970 ingkar arahan PKP 3.0
KUALA LUMPUR 8 Jun – Polis menahan 970 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0), di mana 917 individu dikompaun, 49 direman, serta empat lagi yang lain dijamin. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan yang direkodkan termasuk tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal, dan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran.. Mengenai Op Benteng pula, seramai 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan termasuk merampas lima buah kenderaan darat. Seramai 380 individu telah pulang ke tanah air menerusi pintu masuk antarabangsa dan kesemua…
Read More