MAIPk salur dana RM14.6 juta

IPOH 10 Jun – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan dana khas bantuan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 berjumlah RM 14.6 juta, yang disalurkan menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Dana khas itu bertujuan membantu mereka yang terjejas, susulan sekatan yang dikenakan di bawah PKP 3.0. Menurut Yang Dipertua MAIPk, Mohd Annuar Zaini, turut diumumkan bantuan pakej tablet dan data internet untuk menjalankan aktiviti perniagaan secara dalam talian dan bagi pelajar sekolah berjumlah RM1.5 juta. Katanya, dana itu antara lain membabitkan bantuan kelangsungan hidup untuk meringankan…

Read More

SPM: Pencapaian calon lebih baik

PUTRAJAYA 10 Jun – Walaupun menduduki peperiksaan dalam suasana norma baharu berikutan pandemik Covid-19, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mencatatkan pencapaian calon yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada 2019. Malahan kata Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin ia pencapaian terbaik sejak 2016 dan pada masa  sama, pencapaian calon luar bandar pula lebih baik berbanding calon di bandar. Seramai 401,105 calon menduduki peperiksaan SPM 2020 dengan jumlah keseluruhan 83 mata pelajaran di 3,310 pusat peperiksaan. Menurut  Radzi, sebanyak 43 mata pelajaran menunjukkan keputusan peningkatan, 39 menurun…

Read More

Indonesia sasar 1 juta dos sehari

JAKARTA 10 Jun – Presiden Joko Widodo meminta supaya program vaksinasi Covid-19 dipercepatkan dengan sasaran 700,000 suntikan sehari pada bulan ini seterusnya 1 juta dos sehari pada bulan Julai. Beliau menyatakan itu melalui Facebooknya setelah melakukan lawatan ke salah satu pusat vaksinasi di Rumah Sakit Universitas Indonesia pada Selasa lalu. Di situ, program vaksinasi turut melibatkan warga emas (lanjut usia), kakitangan pendidikan dan pengendali gojek (teksi motosikal), “Saat saya datang meninjau pagi ini, pihak RSUI melayani vaksinasi secara drive thru bagi pelayan publik dan pengemudi ojek, serta vaksinasi bagi warga…

Read More

Trend penurunan R-naught

PUTRAJAYA 10 Jun – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-naught) di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan selama lebih dua minggu berturut-turut. Angka itu susut ke 0.94 pada Rabu berbanding 0.95 hari sebelumnya. Bagaimanapun, enam negeri masih mencatat kadar R-naught melebihi purata kebangsaan. Labuan mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.26 diikuti Negeri Sembilan, Sabah, Melaka, Sarawak dan Kuala Lumpur. Pahang dan Selangor mencatat R-naught 1.0 sementara Perak, Johor, Putrajaya, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah mencatat kadar bawah 1.0. Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP)…

Read More

Peningkatan kes di Arab Saudi

RIYADH 9 Jun – Arab Saudi merekodkan 1,274 kes baharu hari ini sekaligus menunjukkan peningkatan berbanding 1,261 kes yang dilaporkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 15 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 461,241 manakala kematian pula mencecah 7,503 kes. Sebanyak 1,028 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih 443,810.. Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 437, diikuti Riyadh 277, daerah Timur 180, dan Madinah 90. Kes aktif pula menghampiri 10,000 kes iaitu 9,929 dan 1,565…

Read More

Indonesia tambah 7,725 kes baharu

JAKARTA 9 Jun – Jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat dengan pertambahan 7,725 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 1,877,050 dengan kes aktif bertambah sebanyak 1,672 yang membawa kepada 101,635. Bagi kes sembuh pula, jumlah kumulatif meningkat kepada 1,723,253 selepas 5,883 lagi pesakit sembuh manakala pesakit yang meninggal dunia pula sebanyak 170 dengan kumulatifnya mencapai 52,162 kematian. Sementara itu, terdapat lima provinsi menambah pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Jakarta 1,112 dan kumulatifnya 419,031, Jawa Tengah 940 (185,239), Jawa Barat 850 (298,044), Riau 646 (57,843), serta Kepulauan Riau 430 (14,608).…

Read More

4 kes terendah di Singapura

SINGAPURA 9 Jun – Empat kes direkodkan hari ini yang meliputi dua kes tempatan dan dua kes import, jumlah kes harian Covid-19 paling rendah di Singapura sejak 23 Februari apabila merekodkan empat kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini 62,223 sejak pandemik bermula tahun lalu. Dalam kenyataannya, MoH memaklumkan satu kes tiada kaitan dengan kes terdahulu manakala baki satu lagi kes berkait dengan kes sebelum ini dan sudah dikuarantin. Tiada kes baharu dilaporkan di asrama pekerja asing. Sementara itu, dua kes import dikenal pasti dan sudah…

Read More