RANTAU PANJANG 10 Feb. – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup lebih 4,000 pokok orkid dianggarkan bernilai RM2 juta, di Kampung Parit Air, dekat sini petang semalam. Dalam kenyataannya, PGA memaklumkan, pihaknya menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan di sini. “Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 4,000 pokok bunga jenis orkid dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam kenderaan tersebut. Tanaman itu juga disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit,” kata kenyataan itu. Susulan itu, pemandu lori, lelaki tempatan…
Read MoreDay: February 10, 2025
Turkiye tuntut Israel bayar pampasan di Gaza
PUTRAJAYA 10 Feb. – Turkiye menuntut Israel dan kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu untuk membayar segala pampasan atas kerosakan dan kemusnahan yang dianggarkan berjumlah AS$100 bilion di Semenanjung Gaza. Presidennya, Recep Tayyip Erdogan menegaskan anggaran kerosakan dan kemusnahan itu adalah dalam tempoh lebih 15 bulan perang di Gaza “Kerajaan Israel mesti membayar pampasan atas kemusnahan yang mereka lakukan dan proses pembinaan semula di Gaza mesti dimulakan dengan ini,” katanya ketika menyampaikan syarahan umumnya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Erdogan menegaskan, selepas menyebabkan banyak kemusnahan, penderitaan…
Read MoreErdogan terima ijazah UM
PUTRAJAYA 10 Feb. – Universiti Malaya (UM) hari ini menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam Hubungan Antarabangsa kepada Recep Tayyip Erdoğan bagi mengiktiraf sumbangan besar Presiden Turkiye itu kepada diplomasi global dan rundingan antarabangsa. Ijazah Kehormat itu disampaikan oleh Canselor UM, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kepada Erdoğan pada istiadat konvokesyen khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini. Dalam ucapannya Erdoğan amat berbesar hati menerima anugerah berprestij yang berfungsi sebagai pemangkin untuk menggalakkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkiye. “Saya menerima anugerah ini sebagai cerminan penghormatan yang ditunjukkan kepada…
Read MorePPKM: Tiada syarat tempoh daftar SSM
PUTRAJAYA 10 Feb. – Kementerian Pengangkutan (MOT) menjelaskan, tiada syarat tempoh pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk syarikat yang terpilih dan berkelayakan untuk melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM). Sebaliknya, keutamaan MOT dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diberikan kepada kestabilan kewangan syarikat berdasarkan keupayaan menyediakan modal berbayar dan modal pusingan yang mencukupi. Dalam penjelasan terhadap persoalan kelayakan yang dibangkitkan di media sosial, MOT dalam kenyataannya berkata, hasil penilaian yang dibuat oleh Jawatankuasa Pelesenan dan Penilaian PPKM mendapati tiga syarikat yang terpilih memenuhi sepenuhnya syarat yang…
Read MorePKR: Saifuddin belum putuskan jawatan
PUTRAJAYA 10 Feb. – Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bertanding dalam Pemilihan PKR yang dijadual berlangsung Mei ini. Menteri Dalam Negeri itu berkata, beliau akan menilai dan mengambil beberapa pertimbangan sebelum membuat keputusan. “Saya akan (solat) istikharah dululah,” kata Saifuddin ringkas ketika ditemui media pada Majlis Himpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini. Beliau ditanya sama ada akan bertanding semula jawatan Timbalan Presiden PKR, selepas ditewaskan pada pemilihan 2022 oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang menang dengan majoriti…
Read MoreBerita pilihan…
Tiada siapa berkuasa usir penduduk Gaza
ISTANBUL – Tiada sesiapa pun berkuasa untuk mengusir penduduk Gaza dari tanah air mereka yang musnah akibat peperangan, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan. Beliau sama sekali menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menghalau rakyat Palestin dan meletakkan Gaza di bawah kawalan negara itu. “Tiada siapa berkuasa untuk mengusir rakyat Gaza dari tanah air mereka yang sudah wujud sejak ribuan tahun lalu. “Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah hak milik rakyat Palestin,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Istanbul sebelum berlepas ke Malaysia. Pada masa…
Read More81 peratus puas hati terhadap Prabowo
JAKARTA – Hampir 81 peratus rakyat Indonesia berpuas hati dengan kepemimpinan Prabowo Subianto selepas 100 hari memegang jawatan Presiden Indonesia pada Oktober 2024. Tinjauan terkini oleh Litbang Kompas menunjukkan ia pencapaian luar biasa, malah lebih tinggi daripada rekod yang dicatatkan oleh mantan Presiden, Joko Widodo (Jokowi), dalam tempoh yang sama. Tinjauan itu mendapati bahawa 80.9 peratus responden menyatakan rasa puas hati terhadap pentadbiran Prabowo, dengan 94.1 peratus menganggapnya mempunyai imej positif sebagai presiden. Angka itu bukan sahaja mengatasi 65.1 peratus puas hati yang pernah diterima oleh Jokowi dalam tempoh 100…
Read More