JPJ umum H huruf solo terakhir NPI

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan H sebagai Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI), huruf solo terakhir yang ditawarkan untuk rakyat Malaysia.

Ketua Pengarah JPJ,  Aedy Fadly Ramli, berkata siri ‘H’ tidak pernah dikeluarkan dalam mana-mana siri sebelum ini dan bidaan akan dibuka pada 16 September ini dan berakhir pada 20 September nanti.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran NPI sempena Hari Malaysia 2026 di Menara 118, di sini, hari ini.

Aedy berkata, siri ‘H’ adalah sinonim kepada keharmonian masyarakat di negara ini dan selepas ini tidak ada lagi huruf solo yang akan ditawarkan oleh JPJ sebagai NPI.

Beliau berkata, JPJ berpandangan bahawa siri H bukan hak atau milik mana-mana pihak, melainkan milik kerajaan untuk dimiliki rakyat Malaysia.

Katanya, mungkin ada yang melihat H seperti nombor pendaftaran teksi tetapi  dalam kaedah untuk siri-siri teksi, huruf H itu perlu digandingkan dengan huruf (pendaftaran) negeri, contohnya, kalau ‘HA’ adalah teksi yang didaftarkan di Perak.

Mengulas mengenai hasil penjualan NPI, beliau berkata, sebanyak RM143 juta direkodkan bagi tempoh 2024 sehingga pertengahan tahun ini.

“Pada 2024, siri khas GOLD, FFF, EV, PETRA dan MADANI menjana jumlah keseluruhan lebih RM45 juta meningkat kepada lebih RM62 juta pada 2025 apabila beberapa siri khas diperkenalkan termasuk SIS, GM dan ANSARA.

“Bagi 2026, siri pendaftaran khas FH, PPP dan VMY setakat ini menjana lebih RM38 juta,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment