Pas tuntut penjelasan isu pengampunan

SEPANG 14 Sept.  – Pas menuntut kerajaan menjelaskan isu penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Najib Razak baru-baru ini kerana ia membabitkan kepentingan awam dan wajar diberikan penjelasan segera.

Setiausaha Agung,  Takiyuddin Hassan, berkata penangguhan di hadapan Lembaga Pengampunan tidak akan berlaku dengan sendirinya melainkan terdapat arahan atau bantahan daripada sama ada ahli lembaga berkenaan atau pihak ketiga yang berkepentingan.

“Pas mendesak supaya kerajaan segera menjelaskan perkara ini kerana ia adalah isu kepentingan awam yang tidak sepatutnya disembunyikan daripada rakyat,” katanya.

Penangguhan itu diumumkan pada 11 September ke satu tarikh lain oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut memperkenankan permohonan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan datang.

Related posts

Leave a Comment