IPU 22 kawasan tidak sihat

SEPANG 14 Sept. – Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), empat kawasan di Sarawak merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Serian (181), Sri Aman (166), Samarahan (153) dan Kuching (152).

Enam kawasan di Johor turut mencatat bacaan tidak sihat iaitu Pasir Gudang (157), Larkin (156), Pengerang (153), Tangkak (150), Kluang (147) dan Kota Tinggi (122).

Tiga kawasan di Selangor juga merekodkan tahap tidak sihat, iaitu Johan Setia (161), Shah Alam (151) dan Banting (107) selain di Negeri Sembilan melibatkan Nilai (155) dan Seremban (153).

Melaka mencatat dua kawasan pada tahap tidak sihat, iaitu Alor Gajah (132) dan Bukit Rambai (107), manakala di Kuantan, Pahang, bacaan tidak sihat direkodkan di Balok Baru (113) dan Indera Mahkota (109).

Turut mencatat bacaan tidak sihat ialah Cheras, Kuala Lumpur (156), Putrajaya (152) dan Seri Manjung, Perak (126).

Sementara itu, sebanyak, 45 kawasan dilaporkan berada pada tahap sederhana, manakala satu kawasan mencatat bacaan baik, iaitu Kangar, Perlis (48).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Nnnn

Related posts

Leave a Comment