PUTRAJAYA 16 Jan. – Sepanjang tahun lalu, 2023, sebanyak 2,242 kedai makan dan restoran diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan (KKM) kerana kotor dan mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan KKM adalah sebagai langkah menjamin kebersihan premis serta makanan dihidangkan. “Bagi tempoh Januari sehingga Disember 2023, sebanyak 104,925 premis makanan diperiksa dan sejumlah premis makanan yang diberi perintah penutupan sementara di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 adalah 2,242 premis iaitu 2.14 peratus. Pada Disember sahaja, sebanyak 2,837…
Read MoreDay: January 16, 2024
Kampung Manis milik kereta api jadi perumahan moden
BAGAN 16 Jan. – Kampung Manis, penempatan setinggan dalam kawasan tanah Perbadanan Aset Keretapi (RAC) di Bandar Perai di sini, bakal bertukar menjadi perumahan moden apabila perkampungan seluas 14.9 hektar itu dibangunkan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata RAC bersama Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) bersetuju membangunkan kawasan itu. Menurutnya, peranan RAC sebagai sebuah agensi Kementerian Pengangkutan bukan sahaja mengoptimum potensi tanah kereta api, malah membina ekosistem pembangunan berorientasikan pengangkutan mampan. “Berdasarkan Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030, zon guna tanah bagi ketiga-tiga lot ini digazetkan sebagai industri dan…
Read MoreFeri 24 jam, percuma sempena Thaipusam
BUTTERWORTH 16 Jan. – Buat kali pertama, perkhidmatan feri Pulau Pinang akan beroperasi 24 jam, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sebelah pulau sempena meraikan sambutan perayaan Thaipusam. Malahan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) akan menawarkan perkhidmatan feri percuma bermula 12.01 tengah malam 24 Januari hingga 2 pagi 26 Januari bagi memudahkan perjalanan. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, bas Rapid Penang pula turut memberikan perkhidmatan percuma kepada penumpang feri yang tiba di terminal feri Pangkalan Raja Tun Uda, untuk ke destinasi sambutan. “Bas…
Read MoreKerajaan tamat penggal bukan keutamaan
SERDANG 16 Jan – Rang undang-undang (RUU) kerajaan kekal hingga tamat penggal Parlimen bukan menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Beliau berkata, cadangan itu belum dibincangkan antara pemimpin parti politik dalam Kerajaan Perpaduan. “Adalah terlalu awal untuk membuat keputusan mengenainya, belum ada yang dirujuk kepada Peguam Negara dan tiada konsensus pemimpin parti politik dalam kerajaan Madani. “Kita perlu melalui proses itu dulu dan kita akan lihat cadangan itu, namun ia bukan keutamaan kita,” katanya selepas melancarkan Program Kecerdasan Buatan (AI) untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM)…
Read More3 lori kutip 1.4 tan barang lusuh di rumah teres 2 tingkat
TANJONG 16 Jan. – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menggunakan tiga buah lori untuk mengutip 1.4 tan barang lusuh yang disimpan di sebuah rumah dua tingkat di sini kerana menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk sekitarnya. MBPP menerusi kenyataan melalui Facebooknya semalam berkata, operasi berkenaan dilakukan secara bersepadu bersama Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut dan PDRM. Berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah Seksyen 82, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengeluarkan Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan kepada pemilik premis pada 29 Disember 2023. Bagaimanapun pemilik premis dengan sengaja tidak mengambil sebarang…
Read MoreSPRM terus strategi kekang ketirisan, rasuah, salah guna kuasa
PUTRAJAYA 16 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan meneruskan strategi bagi mengekang sebarang bentuk ketirisan dengan tumpuan siasatan agihan dana awam, projek sakit dan terbengkalai, permit pekerja asing, perjudian, pemerdagangan manusia serta kartel. Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki berkata, SPRM sudah merangka tiga strategi utama di bawah sektor operasi dan pencegahan agensi itu tahun ini iaitu membabitkan perolehan awam, penguatkuasaan undang-undang dan rasuah berskala besar atau grand corruption. Tegasnya, rasuah dan salah guna kuasa tidak boleh dibiarkan berleluasa dan tugas SPRM adalah untuk menghapuskannya, menjadikan negara ini bebas rasuah.…
Read MoreBerita pilihan…
Segerakan gencatan senjata kemanusiaan di Gaza
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengulangi desakan supaya gencatan senjata kemanusiaan di Gaza diadakan segera, ketika pertempuran antara Israel dan pejuang Palestin berlarutan lebih 100 hari. Setiausaha Agung Pertubuhan PBB, Antonio Guterres berkata, langkah itu perlu untuk memastikan bantuan mencukupi sampai ke kawasan diperlukan serta memudahkan pembebasan tebusan. Di samping itu, Guterres pada taklimat media di New York berkata, gencatan senjata itu juga untuk meredakan bahang peperangan lebih luas kerana semakin lama konflik di Gaza, semakin besar risiko peningkatan dan salah perhitungan. Peperangan yang dicetuskan oleh serangan mengejut Hamas…
Read MoreLebih 1,000 kanak-kanak diamputasi
TEHRAN: Lebih 1,000 kanak-kanak Palestin di Gaza terpaksa diamputasi selepas mengalami kecederaan parah akibat serangan tentera rejim Zionis di Semenanjung Gaza dalam tempoh 100 hari lalu. Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder, berkata bantuan kemanusiaan adalah terlalu sedikit dan agak sukar untuk menyediakan perkhidmatan bantuan dan ada pesakit yang meninggal dunia kerana kekurangan ubat. Risiko yang tidak boleh diterima ini berlaku pada ketika sistem makanan dan kesihatan di Semenanjung Gaza sedang di ambang keruntuhan. Katanya, lebih 80 peratus kanak-kanak mengalami kemiskinan makanan yang teruk dan lebih dua…
Read More