Lebih 1,000 kanak-kanak diamputasi

TEHRAN: Lebih 1,000 kanak-kanak Palestin di Gaza terpaksa diamputasi selepas mengalami kecederaan parah akibat serangan tentera rejim Zionis di Semenanjung Gaza dalam tempoh 100 hari lalu.

Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder, berkata bantuan kemanusiaan adalah terlalu sedikit dan agak sukar untuk menyediakan perkhidmatan bantuan dan ada pesakit yang meninggal dunia kerana kekurangan ubat.

Risiko yang tidak boleh diterima ini berlaku pada ketika sistem makanan dan kesihatan di Semenanjung Gaza sedang di ambang keruntuhan.

Katanya, lebih 80 peratus kanak-kanak mengalami kemiskinan makanan yang teruk dan lebih dua pertiga hospital tidak lagi berfungsi kerana kekurangan bahan api, air dan bekalan perubatan penting.

Begitu juga hospital yang mengalami kerosakan teruk dalam serangan.

Media sebelum ini melaporkan purata lebih 10 kanak-kanak Palestin kehilangan satu atau kedua-dua kaki mereka pada setiap hari sejak tentera Israel melancarkan serangan ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu.

Sementara itu, di SEMENANJUNG GAZA, Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas berkata, sekurang-kurangnya 24,100 orang telah terbunuh di wilayah itu dalam lebih tiga bulan perang antara Palestin dan Israel.

Satu kenyataan kementerian berkata, jumlah korban termasuk 132 kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu, manakala ramai masih terperangkap di bawah runtuhan dan 60,834 orang cedera sejak 7 Oktober tahun lalu.

(Foto hiasan – FB UNICEF)

Nnnn

Related posts

Leave a Comment