Kerajaan tamat penggal bukan keutamaan

SERDANG 16 Jan – Rang undang-undang (RUU) kerajaan kekal hingga tamat penggal Parlimen bukan menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan, kata Perdana Menteri  Anwar Ibrahim

Beliau berkata, cadangan itu belum dibincangkan antara pemimpin parti politik dalam Kerajaan Perpaduan.

“Adalah terlalu awal untuk membuat keputusan mengenainya, belum ada yang dirujuk kepada Peguam Negara dan tiada konsensus pemimpin parti politik dalam kerajaan Madani.

“Kita perlu melalui proses itu dulu dan kita akan lihat cadangan itu, namun ia bukan keutamaan kita,” katanya selepas melancarkan Program Kecerdasan Buatan (AI) untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Perdana Menteri mengulas cadangan supaya diwujudkan satu undang-undang khusus bagi membolehkan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU), mentadbir dan bertahan hingga akhir penggalnya.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mencadangkan jika RUU itu digubal, kerajaan akan dapat memfokus mentadbir negara, sekali gus mengelak sebarang ganggu gugat politik yang tidak berkesudahan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, sebelum menggubal RUU berkenaan beberapa proses perlu dilalui.

“Kita kena kaji dulu perkara ini, biar kita lalui dulu prosesnya, kerana pada masa ini ia bukan masalah walaupun pembangkang sering membuat beberapa percubaan (menggulingkan kerajaaan).

“Mereka (pembangkang) sebenarnya lemah mereka hanya mewakili satu pertiga saja (keahlian di Parlimen), kenapa kita nak tumpu perkara ini.

“Keutamaan saya sekarang adalah untuk transformasi kerajaan, …transformasi digital supaya kita sekali lagi menjadi negara yang hebat di rantau ini,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar membidas pembangkang yang masih belum membawa usul undi tak percayarcaya kepadanya, di Dewan Rakyat.

Katanya, beliau percaya pembangkang sememangnya tidak pernah serius kerana tidak mempunyai asas yang kukuh.

“Sebab itu saya tidak mahu komen Langkah Dubai kerana mereka ini hanya uar-uarkan saja kerana mereka terdesak,” katanya.

Related posts

Leave a Comment