Peluang PATI pulang tanpa didakwa

PUTRAJAYA 31 Jan. – Mulai 1 Mac ini, pendatang asing tanpa izin (PATI) berpeluang pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan pendakwaan sebaliknya menjelaskan kompaun mengikut jenis kesalahan imigresen yang dilakukan. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata peluang itu diberi melalui Program Repatriasi Migran yang diluluskan Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini. Katanya , kesalahan yang dikenakan kompaun adalah memasuki Malaysia tanpa pas (RM500), tinggal di Malaysia melebihi tempoh pas (RM500) dan melanggar syarat pas (RM300). “Program ini bersifat pengampunan pulang yang kita akan hebahkan supaya diguna pakai mereka yang…

Read More

Hazani KP Agensi Pintu Masuk, Sempadan

PUTRAJAYA 31 Jan. – Hazani Ghazali indivitu pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), agensi tunggal yang akan mengawal selia sempadan negara bagi memelihara keselamatan dan kedaulatan negara. Beliau sebelum ini adalah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman sejak September 2021. Pelantikan itu yang berkuat kuasa hari ini diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media khas di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini selepas selesai Mesyuarat Jemaah Menteri. Saifuddin berkata tugas pertama Hazani adalah…

Read More

Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah nama rasmi

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Istana Negara hari ini memaklumkan penggunaan nama rasmi bagi Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Raja Permaisuri Agong yang telah dikemas kini. Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nazim Mohd Alim, memaklumkan penggunaan nama rasmi bagi Yang di-Pertuan Agong ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Manakala, nama rasmi bagi Raja Permaisuri Agong ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Sultan Ibrahim hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai…

Read More

Giliran Mahfuz pula bayar Sanusi

ALOR SETAR 31 Jan. – Jika tahun lalu, Menteri Besar Kedah,  Muhammad Sanusi Md Nor, diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM120,000 kepada bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, berhubung satu saman fitnah, hari ini giliran Mahfuz pula diperintah membayar ganti rugi kepada Sanusi sebanyak RM250,000. Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah itu membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada Muhammad Sanusi berhubung kenyataan fitnah yang dibuat pada 2020. Hakim Dr Arik Sanusi Yeop Johari membuat keputusan itu selepas membenarkan saman fitnah dikemukakan Muhammad Sanusi selaku plaintif…

Read More

Sultan Johor lafaz sumpah Agong ke-17

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin Shah dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, pada Oktober lalu bagi tempoh lima tahun bermula hari ini. Sultan Ibrahim, 65, dan Sultan Nazrin Shah, 67, melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan di…

Read More

Pemilik anjing akan dikompaun

NIBONG TEBAL 31 Jan. – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan mengeluarkan kompaun terhadap pemilik anjing yang menyebabkan kacau ganggu apabila haiwan peliharaannya menyerang dan menggigit seorang pelajar. Pemilik anjing yang menyebabkan kacau ganggu apabila haiwan peliharaannya menyerang dan menggigit seorang pelajar sekolah hingga tular di media sosial akan dikenakan kompaun oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) MBSP dalam kenyataan memaklumkan siasatan dan pemeriksaan dibuat ke atas rumah yang diadu di Taman Pekatra Indah, Simpang Ampa dan mendapati anjing berkenaan dipindahkan oleh pemilik pusat perlindungan haiwan di Butterworth. “Oleh itu,…

Read More

Polis peras pelancong, saksi dicari

ALOR SETAR 31 Jan. –  Polis Kedah sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan berhubung kes anggota pasukan itu disyaki melakukan pemerasan dan menerima suapan daripada pelancong asing di Langkawi seperti rakaman video yang tular. Ketua Polis Kedah, Fisol Salleh, berkata polis menerima laporan berkaitan video yang ditular itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998. “Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa peka dan mengambil berat berkaitan sebarang salah laku membabitkan anggota dan pegawai polis…

Read More

MyPLUS-TTA bantu pengguna lebuh raya

KUALA LUMPUR 30 Jan. – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melancarkan aplikasi MyPLUS-TTA bagi membantu pengguna khususnya Lebuhraya Utara-Selatan merancang perjalanan ketika musim perayaan. MyPLUS-TTA adalah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik yang mengikut pola perjalanan pada musim-musim perayaan sebelum ini. Ia membantu pengagihan trafik bagi mengurangkan risiko kesesakan dan meningkatkan keselesaan perjalanan pengguna. Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkata, selain memberi manfaat khususnya kepada pengguna, ia memperkukuhkan agenda dan memenuhi aspirasi pendigitalan kerajaan. “Inisiatif ini merupakan penambahbaikan kepada jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS sejak 2007. Menerusi aplikasi ini,…

Read More