MASJID TANAH 17 Sept . – Tempoh ‘dua Jumaat’, petunjuk yang diberikan oleh Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh akan berakhir esok sekaligus menandakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semakin hampir.
Ab Rauf ketika ditanya desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hanya sekadar menjawab, “tinggal satu Jumaat lagi’
“Tinggal satu Jumaat saja lagi,” katanya berseloroh ketika ditanya media selepas merasmikan Sambutan Hari Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Hari Kanak-kanak peringkat negeri di Villa d’ Acqua di sini hari ini.
Ab Rauf sebelum ini menyatakan DUN Melaka akan dibubarkan dalam tempoh ‘dua Jumaat lagi’ yang bermakna tinggal Jumaat esok.
Bagaimanapun, pembubaran DUN Melaka dijangka tidak berlaku esok, sebaliknya kemungkinan besar hanya diumum pada minggu depan, selewat-lewatnya 25 September bersamaan Jumaat.
Ketika ini berlangsung aktiviti turun padang membabitkan Ab Rauf menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bagi DUN Tanjung Bidara, kawasan diwakili Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah itu yang dijadual berakhir Ahad ini.
Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dijadualkan berlangsung pada Rabu ini.
Pada masa sama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Dr Mohd Ali Mohd Rustam dijadual berangkat ke Jepun, Sabtu ini dan Rauf dijangka bertemu Mohd Ali selepas kepulangan yang dijadualkan 23 September.
Nnnn
