Annuar Musa sah anggotai Pas

SEREMBAN 10 Jun –  Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa sah menjadi ahli Pas, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Presiden pertubuhan bukan kerajaan Muafakat Nasional (MN) itu diterima sebagai ahli Pas bersama 3,000 ahli baharu yang lain hari ini. “Saya ingin memaklumkan Tan Sri Annuar Musa diterima menjadi ahli Pas…dengan 3,000 keahlian baharu hari ini. Ramai memohon masuk dalam Pas, Bersatu…(selepas ini), tokoh masyarakat lain yang diterima masuk ke parti ini akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan…

Read More

PAU 2023 setuju agenda tujuh perkara

KUALA LUMPUR 10 Jun –  Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang berakhir hari ini bersetuju dan meluluskan tujuh perkara untuk dilaksanakan dan menjadi agenda parti yang diperjuangkan, kata Presidennya Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, tujuh perkara itu termasuk penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) yang pada dasarnya turut dipersetujui oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri, itu berkata, seperti dilaporkan sektor itu kian berkembang pesat di negara ini dengan lebih 1.12 juta pekerja gig yang meningkat 23 peratus setiap tahun Cadangan itu dikemukakan Ahmad Zahid dalam ucapan dasar beliau…

Read More

Najib terus tarik perhatian hari akhir PAU

KUALA LUMPUR 10 Jun – Kisah mantan Perdana Menteri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara di Kajang terus mendapat perhatian pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 hari ini. Semasa sesi penggulungan, Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Wan Rosdy Wan Ismail menyentuh ‘kehidupan’ bekas Presiden UMNO itu. Ahmad Zahid dalam ucapannya berkongsi kisah pertemuannya dengan Najib di penjara Kajang, tetapi enggan mendedahkan perkara yang dibincangkan. Presiden UMNO itu berkata, beliau juga sempat bersarapan pagi dan membawa semua makanan kegemaran bekas Presiden UMNO itu.…

Read More

“Mari kita sirami pokok ini”

KUALA LUMPUR 10 Jun – UMNO sudah tidak ada banyak masa untuk bekerja bagi mempertahankan maruah dan martabat, parti dengan memastikan kemenangan yang boleh dibanggakan pada pilihan raya negeri . Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata, rata-rata enam negeri akan bubarkan Dewan Undangan Negeri pada hujung bulan dan dalam Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ada 60 hari untuk diadakan pilihan raya. Bagaimanapun SPR dijangka tidak sampai ke hujung 60 hari, dan ini bermakna akan ada enam minggu semaksimumnya daripada sekarang sebelum PRN. “Jika kita letak 24 jam satu hari kita…

Read More

Politeknik swasta selaras inisiatif TVET

KUALA LUMPUR 10 Jun – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempertimbangkan penubuhan politeknik swasta selaras dengan inisiatif KPT yang sedang meletakkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan pengajian politeknik setanding universiti. Menteri berkenaan, Mohamed Khaled Nordin berkata, politeknik itu yang diterajui pihak industri adalah bagi meningkatkan kualiti dan nilai kebolehpasaran graduan TVET di negara ini. Naib Presiden UMNO itu berkata, TVET ini bukan sahaja tentang kemahiran vokasional dan teknikal tetapi keupayaan mengendalikan teknologi, ia mesti dipersembahkan sebagai saluran masa depan yang bernilai cerah. Katanya, antara yang sedang diusahakan termasuklah…

Read More

Pupuk mentaliti menang menjelang 2027

KUALA LUMPUR 10 Jun –  Kepemimpinan dan ahli UMNO di pelbagai peringkat perlu memupuk mentaliti untuk menang bagi memastikan parti kembali ke landasan tepat, sekurang-kurangnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2027. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata ia perlu disusuli penyusunan strategi untuk memulihkan sokongan terhadap parti terutama dalam tempoh kurang lima tahun dari sekarang. Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, UMNO memiliki infrastruktur terbesar dalam arena politik tanah air membabitkan 191 bahagian, 3.5 juta ahli dan 21,000 cawangan, berbanding parti lain. Beliau menegaskan,…

Read More

Yakin menang tanpa fakta punca BN kecundang

KUALA LUMPUR 10 Jun. – Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob menolak tanggapan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ahmad Maslan bahawa kedudukan UMNO tidak seteruk sekarang jika Dewan Rakyat dibubarkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor. Bekas Perdana Menteri itu berkata, PRN dan pilihan raya umum (PRU) adalah dua perkara yang amat berbeza di mana PRN tidak boleh dijadikan sebagai indikator untuk menentukan kejayaan BN. Katanya, PRN tertumpu kepada isu negeri khususnya prestasi kerajaan yang mentadbir negeri ketika itu manakala PRU melibatkan isu nasional di mana persepsi terhadap…

Read More

Maaf: Pemuda tidak boleh sembunyi suara akar umbi

KUALA LUMPUR 10 Jun – Pemuda UMNO memberi jaminan kerjasama antara parti itu dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan tetap berjalan seperti biasa walaupun DAP ‘tidak menyambut’ desakan supaya parti itu memohon maaf. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata, kerjasama dengan Pemuda Pakatan Harapan (PH) juga baik dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor , Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Katanya, gesaan mohon maaf itu juga hadir dari suara akar umbi dan bukannya pendirian sendiri Pemuda UMNO, apatah lagi bermotif untuk mencetuskan sebarang sengketa antara parti…

Read More

Siapa sebenar ‘mengkarung politik’?

KUALA LUMPUR 10 Jun – Siapa sebenarnya pemimpin ‘political chameleon’ atau ‘mengkarung politik’? UMNO atau Pas? Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menyebut secara khusus siapa yang dimaksudkan sebagai ‘mengkarung politik’ tetapi pemimpin Pas hari ini tampil menyifatkan pemimpin UMNO itu adalah ‘mengkarung politik’ sebenar. Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin, berkata Pas daripada dulu tetap teguh mempertahan, memperjuang kedaulatan Islam dan Melayu berasaskan kepada keluhuran perlembagaan dan perpaduan ummah selaras dengan apa yang telah diusahakan Tan Sri Abdul Hadi Awang. Katanya, perpaduan ummah dan integrasi nasional adalah kunci…

Read More

Ambil semangat semut, bukannya dinosaur

KUALA LUMPUR 10 Jun – Wakil Veteran UMNO, Zainal Abidin Sakom mengajak ahli UMNO mengambil semangat semut dalam meneruskan perjuangan parti supaya tidak mudah tergugat berbanding dinosaur. Katanya, semut walaupun kecil mempunyai semangat setiakawan, dapat bekerjasama, tolong-menolong antara satu sama lain mencipta kejayaan dan perkara yang boleh menggugat parti dapat diatasi secara bersama. Sebaliknya dinosaur lebih mementingkan diri, suka makan kawan, malah anak dan isteri pun dimakannya, dan apabila tinggal seorang baru disedari pentingnya orang ramai dan akhirnya dinosaur mati beragan, sampai sekarang pun dinosaur pupus. “Mari kita menjadi semut…semut…

Read More