Persefahaman UMNO-Pas hadapi PRU DN

KUALA LUMPUR 28 Okt . – UMNO dan Pas secara rasmi menjalin persefahaman politik dalam menghadapi Pilihanraya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka ke-16. yang akan berlangsung 14 November ini.

Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan perjanjian persefahaman itu menerusi satu hantaran di Facebooknya.

“Alhamdulillah, petang tadi selesai permeteraian perjanjian persefahaman antara Barisan Nasional dengan rakan strategik Pas yang mewakili parti-parti daripada Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihanraya Umum Negeri Melaka ke-16.

Moga semangat perpaduan ummah dan gelombang biru akan terus subur memugar di bumi Melaka pada Pilhanraya Umum Negeri demi manfaat kemakmuran dan kestabilan negeri dan rakyat. Moga Allah merahmati usaha ini,” katanya.

Berdasarkan foto yang disertakan, UMNO diwakili Dr Asyraf dan Setiausaha Agung BN Dr Zambry Abd Kadir manakala Pas pula oleh Naib Presiden Idris Ahmad dan Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan.

Hadir sama Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN.

Related posts

Leave a Comment