14 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 23 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 14 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 31,882 orang, daripada lebih 2.8 juta kes positif yang dikesan.

Menurut data di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Untuk rekod, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 44,088 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 37,167 individu atau 84.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,890 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di mana sebanyak 2,890 kes dirawat di hospital dan 141 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 79 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 62 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment