UMNO: Pengecualian bukan keputusan menteri

KUALA LUMPUR 8 Mac – Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada UMNO mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 mengenai isu pemilihan parti itu, bukan keputusan peribadi menteri. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail ketika menjelaskan demikian berkata, keputusan itu sebaliknya dibuat selepas mendapat nasihat dan pandangan pegawai undang-undang kementerian. Katanya, tindakan menggunakan peruntukan itu telah mengambil kira semua proses yang dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), UMNO serta pandangan pegawai di KDN. Bagaimanapun sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu,  ahli UMNO yang membuat aduan…

Read More

Muhyiddin nafi ditahan, dipanggil SPRM esok

KUALA LUMPUR 8 Mac – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) esok. Bagaimanapun Muhyiddin dalam satu hantaran menerusi Facebook, menafikan  laporan media sebelum ini yang mendakwa beliau ditahan di padang golf hari ini. “Saya ingin menjelaskan berita saya ditahan di padang golf hari ini yang disebarkan oleh sebuah portal berita adalah palsu. Hari ini saya  hadir ke beberapa mesyuarat berkaitan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang akan bermula Jumaat ini. Bagaimanapun esok Khamis saya diminta ke Ibu…

Read More

Telur : Abang Mat sedia ‘dedah’ semua

KUALA LUMPUR 8 Mac –  Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu menegaskan tidak menyembunyikan sebarang fakta berkaitan dengan inisiatif kerajaan mengimport telur dari India. Mohamad menyatakan kesediaan untuk mendedahkan sebarang maklumat yang diminta pembangkang atau mana-mana pihak berhubung inisiatif berkenaan. “Syarikat ini (yang mendapat kebenaran import) J&E. Pergi periksa tengok siapa pengarah dia, siapa pengerusi, periksa. Bagi saya, tidak sembunyi apa-apa, saya akan dedahkan semua. Ini Abang Mat la,” katanya. Ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini, Mohamad mengesahkan bahawa J&E Advance Tech sdn Bhd adalah…

Read More

Awang Hashim direhat dua hari

KUALA LUMPUR 8 Mac – Awang Hashim (PN-Pendang) diarah keluar Dewan Rakyat selama dua hari selepas mengingkari arahan tidak mengganggu sesi penggulungan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul mengarahkan Awang keluar Dewan hari ini dan esok kerana enggan duduk serta berhenti mengganggu perbahasan Rafizi, selepas amaran diberikan. Terdahulu, Awang berulang kali mencelah dan mengganggu Rafizi yang sedang menggulung perbahasan Belanjawan 2023 peringkat dasar bagi kementeriannya. “Saya arah Pendang keluar Dewan Rakyat selama dua hari. Bermula hari ini dan esok,” kata Johari. Terdahulu ketika Rafizi dijemput untuk menggulung…

Read More

Putra persoal keadilan KDN masa depan

SEPANG 8 Mac –  Putra mempersoalkan sama ada Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi pengecualian dengan mengguna kuasa menteri jika ada mana-mana parti melanggar peraturan dan perlembagaan yang disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). Presiden Putra, Dr Ibrahim Ali membangkitkan persoalan itu susulan tindakan KDN memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966, berhubung usul tambahan tidak mempertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan keputusan KDN itu dalam satu kenyataan semalam. Ibrahim berkata, walaupun isu…

Read More

Jika KDN di bawah Kerajaan PH, UMNO pula pembangkang

SEPANG 8 Mac –  Ketika Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan tidak tahu sedang tular  ‘surat RoS’ berhubung isu usul dua jawatan tertinggi UMNO, pelbagai pihak terus mempersoalkan situasi sebenar berhubung perkara itu. Surat itu sama ada tulen atau palsu masih belum terjawab malahan timbul persoalan kenapa UMNO tidak mendedahkan surat sebenar yang diterima bagi ‘menoktahkan’ pertikaian yang semakin menarik perhatian ramai. Ramai yang menanti surat sebenar RoS kepada Setiausaha Agung UMNO lebih-lebih lagi selepas kemunculan penjelasan Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan ‘pengecualian’ kepada UMNO. Semalam…

Read More

Pengambilan dos penggalak kurang memuaskan

KUALA LUMPUR 8 Mac – Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19 masih kurang memuaskan, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa di Dewan Rakyat hari ini. Bagaimanapun, katanya, terdapat peningkatan bagi dos penggalak pertama  daripada 49.9 peratus kepada lebih 50 peratus sekarang dan dos penggalak kedua daripada 1.9 peratus kepada 2.2 peratus dalam beberapa minggu lepas. Dr Zaliha ketika menjawab soalan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berkata peningkatan itu berikutan kempen yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM). KKM katanya mengambil langkah antaranya membenarkan tempahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera tanpa…

Read More

226 kes harian Covid-19, tiada kematian

PUTRAJAYA 8 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam masih mencatatkan peningkatan dengan merekodkan 226 kes termasuk tiga kes import berbanding 188 yang direkodkan kelmarin. Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,044,204. yang meliputi 5,005,503 kes tempatan dan 38,701 kes import. Tiada kematian baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini kekal 36,966 orang termasuk 7,876 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, jumlah kes aktif naik sedikit kepada 9,235 berbanding 9,211 kelmarin, dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,913 kes atau 96.5…

Read More

Mangsa banjir di Johor terus meningkat

JOHOR BAHRU 8 Mac – Mangsa banjir di Johor terus menunjukkan peningkatan dengan tiga daerah iaitu Batu Pahat, Muar dan Tangkak terus mencatatkan jumlah mangsa banjir yang meningkat, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Johor,  Dr Azmi Rohani. Beliau berkata, setakat pukul 8 pagi ini, pertambahan mangsa banjir di tiga daerah itu menyumbang kepada meningkatnya jumlah mangsa banjir di seluruh negeri iaitu 40,141 orang daripada 11,468 keluarga di 202 pusat pemindahan sementara (PPS). Dr Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, berkata Batu Pahat terus menunjukkan trend peningkatan jumlah…

Read More