Indonesia catat 13,668 kes

JAKARTA 22 Jun – Selepas merekodkan 14,536 kes semalam, jumlah jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia hari ini masih tinggi walaupun angkanya berkurangan sedikit iaitu 13,668..

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,018,113 dengan kes aktif pula sebanyak 152,686.

Lima wilayah merekodkan kes harian tertinggi iaitu Jawa Barat 3,432 dengan jumlah kumulatif 350,719, diikuti Jakarta3,221 (482,264), Jawa Tengah 2,439 (232,839), Jawa Timur 746 (165,013) dan Yogyakarta 675 (53,978).

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 8,375 yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,810,136 atau 89.7 peratus.

Jakarta merekodkan kes sembuh yang tinggi iaitu 3,082 orang dengan jumlah kumulatif 441,821, Jawa Tengah 1,670 (195,127), Jawa Barat 994 (313,442), Jawa Timur 383 (147,448) dan Kalimantan Timur 360 (63,478)..

Pesakit yang meninggal dunia pula bertambah sebanyak 335 kes dan kumulatifnya mencapai 55,291 atau 2.7 peratus dari jumlah kes positif. 

Jawa Tengah merekodkan 71 kematian dengan kumulatifnya 10,026 orang, Jawa Barat 69 (4,706), Jakarta 59 (7,901), Jawa Timur 41 (12,085), dan Kalimantan Barat 16 (186).

Sementara itu,  program vaksinasi Covid-19 telah merangkumi 23,789,884 orang berikutan tambahan penerima vaksin harian sebanyak 524,111 orang. Setakat ini 12,514,917 telah menerima vaksinasi kedua.

Related posts

Leave a Comment