Awang Hashim direhat dua hari

KUALA LUMPUR 8 Mac – Awang Hashim (PN-Pendang) diarah keluar Dewan Rakyat selama dua hari selepas mengingkari arahan tidak mengganggu sesi penggulungan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul mengarahkan Awang keluar Dewan hari ini dan esok kerana enggan duduk serta berhenti mengganggu perbahasan Rafizi, selepas amaran diberikan.

Terdahulu, Awang berulang kali mencelah dan mengganggu Rafizi yang sedang menggulung perbahasan Belanjawan 2023 peringkat dasar bagi kementeriannya.

“Saya arah Pendang keluar Dewan Rakyat selama dua hari. Bermula hari ini dan esok,” kata Johari.

Terdahulu ketika Rafizi dijemput untuk menggulung perbahasan, Awang bangun menyatakan rasa tidak puas hati terhadap satu kenyataan yang dibangkitkan oleh Rafizi minggu lepas.

Bagaimanapun Speaker bertegas dan meminta Rafizi meneruskan penggulungan

dan sejurus kemudian Awang ditegur Rafizi kerana melihat wakil Pendang itu mahu keluar Dewan.

Rafizi meminta Pendang duduk di dalam Dewan dan kemudiannya Awang kembali ke tempat duduknya dan berkata “saya bukan kaki tembak”.

Related posts

Leave a Comment