Pastikan ketepatan maklumat jam digital

PUTRAJAYA 31 Mac – Pengurusan masjid dan surau, disaran sentiasa membuat semakan ketepatan tarikh hijrah yang terdapat pada jam digital azan, agar sentiasa selari dengan kalendar hijrah yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) atau pihak berkuasa agama negeri dan disahkan Panel Pakar Falak. Saranan itu dibuat susulan penularan satu tangkap layar yang memaparkan “Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023” yang dipercayai disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di sebuah masjid. Dalam kenyataannya, Jakim menyatakan paparan berkenaan, telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan warga maya mengenai tarikh Aidilfitri tahun ini. Jakim ingin…

Read More

Wakaf Masjid Hijau kumpul RM204,000

BANGI 31 Mac – Inisiatif Wakaf Masjid Hijau berkonsepkan pengumpulan dana awam bagi projek pembangunan masjid berasaskan teknologi hijau berjaya mengumpul RM204,165 sejak dilancarkan pada 2021. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata bagi fasa pertama, sebanyak RM190,000 dana Wakaf Masjid Hijau diagihkan kepada empat masjid, bagi melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan. Katanya, ketika ini ia melibatkan beberapa masjid seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Negeri Sembilan. “Jika kita lihat, kebanyakan inisiatif (amalan hijau) dilaksanakan di peringkat komuniti. Bagi saya, ia satu…

Read More

Agong kunungi Bazar Ramadan

LABUAN 31 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengunjungi Bazar Ramadan di Labuan Walk di pusat bandar di sini. Ketibaan Seri Paduka berdua kira-kira pukul 3.55 petang disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail dan ketua jabatan kerajaan pada jam 3.55 petang. Kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong itu menarik perhatian para pengunjung dan peniaga di bazar berkenaan. Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan membeli juadah berbuka puasa dan beramah mesra serta…

Read More

Anwar kunjungi Presiden China

BEIJING 31 Mac – Perdana Menteri Anwar Ibrahim  mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China, Xi Jinping, di Dewan Besar Rakyat, di sini, pertemuan empat mata pertama dan bersejarah di antara kedua-dua pemimpin. Anwar juga antara pemimpin asing pertama yang melawat China dan bertemu Jinping, yang dipilih semula sebagai Presiden China untuk penggal ketiga pada 10 Mac lalu. Perbincangan kedua-duanya tertumpu kepada langkah-langkah baru yang boleh diambil untuk menyemarakkan lagi hubungan dua hala, selain membincangkan pendekatan lebih konkrit dalam mengukuh perdagangan dan kerjasama politik. Turut sama dalam kunjungan hormat itu,…

Read More

Barisan Exco baharu dalam 48 jam

AYER KEROH 31 Mac – Pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)  Melaka akan dibuat dalam tempoh 48 jam bagi memastikan urusan pentadbiran kerajaan negeri tidak tergendala, kata Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh. Beliau yang baharu dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-13 hari ini berkata, pelantikan baharu itu tidak akan mengambil masa sehingga seminggu atau dua minggu tetapi dalam tempoh yang singkat. Mengenai komposisi Exco itu, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan panduan. “Saya akan…

Read More

Rauf angkat sumpah KM Melaka ke-13

MELAKA 31 Mac –  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara,  Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Dewan Sri Utama Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh, di sini hari ini. Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam. Istiadat yang berlangsung kira-kira pukul 3.33 petang itu menyaksikan Ab Rauf menandatangani Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia yang disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Zaidi Johari dan…

Read More

Kes demam denggi meningkat

PUTRAJAYA 31 Mac – Kes denam denggi menunjukkan peningkatan sebanyak 18,098 kes atau 222.8 peratus sejak awal tahun ini berbanding bagi tempoh sama tahun lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, sejak awal tahun ini, sebanyak 26,222 kes demam denggi dilaporkan berbanding 8,124 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Berikutan peningkatan itu, Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi diaktifkan semula dan satu mesyuarat diadakan pada Selasa lalu. Dalam kenyataannya hari ini, dalam tempoh yang sama, sebanyak 17 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding empat kematian bagi tempoh…

Read More

MAEPS belum keluar surat setuju terima

KUALA LUMPUR 31 Mac – Pengurusan Dewan MAEPS belum mengeluarkan apa-apa surat setuju terima berhubung majlis berbuka puasa bersama anak-anak Kedah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, sebut harga juga belum keluar. Justeru beliau hairan dengan dakwaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Nor bahawa majlis berbuka puasa di MAEPS Serdang, Selangor dibatalkan sedangkan tempahan dewan belum diluluskan. “Pelik juga saya bila Menteri Besar Kedah kata kelulusan sewaan dewan ditarik balik oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedangkan pengurusan dewan MAEPS…

Read More