MANILA 1 Mac – Malaysia dan Filipina bersetuju untuk terus meneroka kerjasama dalam pelbagai sektor dalam usaha mempertingkat hubungan dua hala kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Beliau berkata kerjasama dua hala Malaysia dan Filipina adalah dalam pelbagai sektor yang antara lain merangkumi perdagangan dan pelaburan, pendidikan, kesihatan serta pertanian. Menurut Perdana Menteri, kedua-dua negara turut membincangkan bidang-bidang untuk kerjasama lanjut. “Sektor baharu dan penting seperti industri halal, keterjaminan makanan dan ekonomi digital adalah antara bidang utama yang saya sarankan sebagai potensi kerjasama,” katanya.…
Read MoreDay: March 1, 2023
Terus berjuang untuk Melayu sebelum mati
PUTRAJAYA 1 Mac – Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, keputusannya untuk menyertai PUTRA adalah kerana beliau memerlukan platform politik untuk meneruskan perjuangan membela nasib masyarakat Melayu. Bekas Perdana Menteri itu berkata, penyertaan itu juga disebabkan beliau tidak lagi menganggotai Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sebelum parti diterajui anaknya, Mukhriz keluar daripada gabungan parti politik, Gerakan Tanah Air (GTA). Katanya , memandangkan GTA tidak berdaftar sebagai sebuah gabungan politik, beliau tiada platform untuk meneruskan perjuangan dan PUTRA adalah pilihan. “Saya berpendapat perlu ada satu platform untuk saya teruskan perjuangan. Walaupun sudah berusia…
Read MorePemuda paling ramai tawar diri rebut jawatan
KUALA LUMPUR 1 Mac – Calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan di peringkat pusat pada Pemilihan UMNO 2023-2026 masih boleh menarik diri sebelum pukul 2 petang esok (2 Mac), sebelum cabutan undi nombor calon. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) Tan Sri Shahrir Samad berkata, proses cabutan undi nombor calon-calon akan berlangsung di Auditorium UMNO, Aras 4, Menara Dato’ Onn, Ibu Pejabat UMNO. Cabutan akan dimulakan dengan Pergerakan Puteri, Pergerakan Pemuda, Pergerakan Wanita dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Menurut Shahrir, kertas undi tidak akan menyenaraikan nama-nama calon yang bertanding…
Read More“Saya nak lihat berapa orang nak menjerit”
KUALA LUMPUR 1 Mac – Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul “membiarkan” kekecohan ‘perang mulut’ antara penyokong kerajaan dan pembangkang rupanya ada ‘muslihat’. “Saya nak lihat berapa orang nak menjerit sebab rakyat sedang tengok, teruskan, teruskan, rakyat sedang tengok,” katanya sinis. Kekecohan bermula ketika Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) mengakhiri perbahasannya dengan meluahkan kekesalannya terhadap Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang sebelum itu kerap menganggu ucapannya. “Saya kesal kepada Hulu Langat yang perangai lebih teruk daripada kera di hutan,” katanya. Ungkapan terbabit bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati…
Read MoreAgong kunjungi Presiden UAE
KUALA LUMPUR 1 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengunjungi Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan di Qasr Al Bahr, Abu Dhabi semalam. Baginda diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah. Menurut Facebook Istana Negara, turut hadir, wakil pemerintah di Wilayah Dhafra, Sheikh Hamdan bin Zayed Al Nahyan; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang; Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Duta Besar Malaysia…
Read MoreHanya satu syarikat import telur – Mohamad
KUALA LUMPUR 1 Mac – Hanya sebuah syarikat diberi kebenaran mengimport telur dari India ketika ini, dalam usaha kerajaan menampung bekalan di dalam negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu. Beliau berkata, syarikat terbabit sebelum ini berpengalaman membawa masuk telur dari India ke Qatar bagi memenuhi keperluan penganjuran Piala Dunia FIFA 2022. Mohamad menjelaskan kekurangan bekalan telur dalam pasaran tempatan berlaku apabila terdapat penyusutan pengeluaran mulai Oktober hingga Disember 2022, yang mana pengeluarannya tidak dapat menampung keperluan di dalam negara. “Sebagai langkah intervensi jangka pendek bagi memastikan kecukupan…
Read More95 rebut jawatan 25 Ahli MKT UMNO
KUALA LUMPUR 1 Mac – Seramai 118 pencalonan diterima bagi merebut jawatan tertinggi UMNO, khususnya Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan parti itu bulan depan. Bagaimanapun selepas semakan dari segi kelayakan mereka yang layak bertanding di peringkat MKT adalah seramai 115 orang. Tiga jawatan Naib Presiden yang menjadi tumpuan pemilihan kali ini melibatkan penyertaan lapan calon yang menawarkan diri, lima untuk Ketua Pergerakan Pemuda, dua calon bagi Ketua Wanita dan enam bagi jawatan Ketua Puteri. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023, Shahrir Abdul Samad, berkata…
Read MoreBerita pilihan…
Covid-19: Kes tempatan 201, import 5
PUTRAJAYA 1 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam, 28 Februari merekodkan peningkatan dengan 206 kes termasuk lima kes import berbanding 190 kes termasuk dua kes import kelmarin. Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,042,791 yang meliputi 5,004,106 kes tempatan dan 38,685. Satu kematian juga direkodkan di Selangor semalam menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini 36,958 orang termasuk 7,873 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, jumlah kes aktif meningkat sedikit kepada 9,248 berbanding 9,219 kelmarin bertambah 29 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak…
Read MoreUkraine anggota NATO jangka masa panjang
HELSINKI: Ukraine akan menjadi ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), tetapi dalam jangka masa yang panjang, kata Ketua NATO, Jens Stoltenberg Katanya, isu segera yang perlu diberi perhatian adalah ia kekal sebagai negara merdeka dalam menghadapi pencerobohan Rusia . “Sekutu NATO telah bersetuju Ukraine akan menjadi ahli pakatan kami, tetapi pada masa yang sama ia adalah perspektif jangka panjang,” kata Stoltenberg di sini. Stoltenberg menambah, bahawa isunya sekarang ialah Ukraine wujud sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat, dan oleh itu sekutu NATO perlu menyokong Ukraine. Selepas pencerobohan Rusia , Presiden…
Read More