PN mulakan tindakan tatatertib terhadap Bersatu

KUALA LUMPUR 25 Okt . – – Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk memulakan prosiding tatatertib terhadap Bersatu atas dakwaan melakukan tindakan yang bertentangan dengan kepentingan gabungan itu.

Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, berkata tindakan akan dilaksanakan mengikut Fasal 15 perlembagaan gabungan itu.

Katanya, notis berhubung pertuduhan terhadap Bersatu akan dikemukakan dalam tempoh terdekat, manakala parti itu akan diberikan tempoh sewajarnya untuk mengemukakan penjelasan sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan.

Beliau berkata, tindakan tatatertib yang boleh dikenakan termasuk amaran, penggantungan atau pemecatan.

Takiyuddin berkata , antara tindakan yang bertentangan dengan kepentingan PN ialah Bersatu bertanding di lapan kerusi yang turut ditandingi PN pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRN) Negeri Sembilan serta beberapa perkara lain yang akan diperincikan dalam surat kepada mereka nanti.

Bersatu juga boleh memilih untuk tidak menjawab pertuduhan berkenaan, tetapi tindakan itu seolah-olah mereka mengakui semua pertuduhan terhadap parti berkenaan.

Keputusan mengenai tindakan selanjutnya akan dibuat dalam mesyuarat PN akan datang,” katanya pada sidang media di sini, malam ini.

Hadir sama, Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara,  Saifuddin Abdullah, dan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air, Rafique Rashid.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment