Ukraine anggota NATO jangka masa panjang

HELSINKI: Ukraine akan menjadi ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), tetapi dalam jangka masa yang panjang, kata Ketua NATO, Jens Stoltenberg

Katanya, isu segera yang perlu diberi perhatian adalah ia kekal sebagai negara merdeka dalam menghadapi pencerobohan Rusia .

“Sekutu NATO telah bersetuju Ukraine akan menjadi ahli pakatan kami, tetapi pada masa yang sama ia adalah perspektif jangka panjang,” kata Stoltenberg di sini.

Stoltenberg menambah, bahawa isunya sekarang ialah Ukraine wujud sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat, dan oleh itu sekutu NATO perlu menyokong Ukraine.

Selepas pencerobohan Rusia , Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky telah menggesa pakatan tentera yang diketuai Amerika Syarikat (AS) untuk memberikan negaranya keahlian pantas.

Ukraine memohon keahlian Kesatuan Eropah (EU) pada Februari 2022, sejurus selepas ia diceroboh, dan diberikan status calon pada bulan Jun.

“Apabila perang berakhir kita perlu memastikan bahawa sejarah tidak berulang,” kata Stoltenberg pada sidang akhbar dengan Perdana Menteri Finland, Sanna Marin.

Related posts

Leave a Comment