Obor perjuangan terus menyala – Muhyiddin

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa obor perjuangan tetap terus menyala dan meminta para penyokong dan pengundi menguatkan semangat serta tabah. Katanya, sinar itu sentiasa ada jika perjuangan itu diiringi dengan kesabaran, keikhlasan dan berpegang teguh kepada amanah bangsa. “Pujuklah hati, bahawa esok hari masih ada. Kita bina Malaysia yang lebih baik dengan setiap kudrat yang ada, dalam apa jua kapasiti kita sekalipun. Ingatlah, Malaysia itu milik kita semua bersama,” katanya. Melalui hantaran di Facebooknya malam ini, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu tahu…

Read More

Sokongan GRS demi Sabah

KOTA KINABALU 25 Nov. – Demi kebaikan Sabah dan kestabilan politik. Itu yang mendorong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memutuskan untuk menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Pengerusi GRS, Hajiji Noor, berkata, beliau menyampaikan hasrat berhubungan sokongan itu kepada Anwar, malam tadi. “Demi kebaikan Sabah, kestabilan politik dan sebagainya maka kita memberi sokongan kepada beliau dan kerajaan Persekutuan,” katanya selepas pembentangan Belanjawan 2023 Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini. Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah menegaskan, pihaknya tidak mahu rancangan membabitkan kepentingan rakyat dan…

Read More

PN tolak tawaran sertai Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Perikatan Nasional (PN) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menawarkan kepada PN untuk menyertai Kerajaan Persekutuan. Pengerusinya, Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, PN menolak tawaran itu atas semangat untuk menyuburkan demokrasi. “Atas semangat untuk menyuburkan demokrasi dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan dalam Parlimen Malaysia, PN berpendirian untuk tidak  menyertai kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH),” katanya. Semalam, Anwar mengajak PN bersama dalam Kerajaan Perpaduan yang kini dianggotai gabungan parti terbesar iaitu PH, Barisan Nasional (BN) dan GPS. “Perikatan Nasional akan…

Read More

GRS pula sertai Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA 25 Nov. – Kerajaan Perpaduan terus mendapat penyertaan parti politik apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan kesediaan untuk bersama-sama kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim itu. Perdana Menteri ketika sidang media selepas memasuki pejabatnya pagi ini, berkata beliau dimaklumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Hajiji Mohd Noor, bahawa GRS secara rasmi menyertai Kerajaan Perpaduan. “Ada satu hal yang berkaitan mengenai kedudukan Kerajaan Perpaduan ini. Hajiji menghubungi saya semalam menyatakan bahawa GRS secara rasmi akan menyertai. Ini bermakna kekuatan induk kita termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan GRS, bermakna kita sudah ada ‘hour’…

Read More

Pas hargai sokongan tidak berbelah bagi

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti berkenaan dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “Kita telah berusaha sedaya upaya. Seterusnya, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) perlu membuktikan sokongan sebenar yang diterima,” katanya dalam hantaran melalui Facebook beliau. Ahli Parlimen Marang itu berkata, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. “Yang penting ialah kita jujur kepada rakyat, bersabar dan tetap istiqamah. Kepada rakyat, kami akan terus berkhidmat. Kepada negara, kami akan terus berbakti,”…

Read More

Anwar solat Jumaat di Masjid Putra

PUTRAJAYA 25 Nov. – Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini, sehari selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 semalam. Beliau tiba di Masjid Putra kira-kira pukul 1 tengah hari diiringi oleh Ketua Setiausaha Negara,  Mohd Zuki Ali. Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk ‘Nasihat Buat Pemimpin Khalifah Umar Abdul Aziz Contoh Teladan’ Selesai solat beliau turut bersalaman dengan jemaah yang mengambil kesempatan bertemu lebih dekat dengan Perdana Menteri baharu itu.

Read More

Peranan semak dan imbang – Muhyiddin

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Perikatan Nasional (PN) akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen, kata Pengerusinya,  Muhyiddin Yassin. Beliau yang turut mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 semalam berkata, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil. “Dengan Kerajaan Persekutuan diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) Perikatan Nasional akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Semalam, Anwar…

Read More

Isu kos sara hidup diberi keutamaan

PUTRAJAYA 25 Nov. – Isu kos sara hidup, khususnya berkaitan harga barangan yang semakin menekan kehidupan rakyat Malaysia ketika ini, menjadi keutamaan pentadbiran bawah kepemimpinan Anwar Ibrahim. Perdana Menteri menekankan, walaupun kekuatan ringgit serta Bursa Saham menunjukkan perkembangan positif berikutan pembentukan kerajaan baharu kini, pihaknya tetap mahu memfokus kepada aspek kos sara hidup dan mencari jalan penyelesaiannya. Anwar berkata, beliau akan mengadakan pertemuan segera dengan jabatan dan agensi berkaitan untuk membincangkan perkara berkenaan, selewat-lewatnya Isnin depan. Keutamaan saya sekarang ialah kos sara hidup walaupun ada yang positif, umpamanya kekuatan ringgit…

Read More

Saiz Kabinet kecil, kurangkan gaji menteri

PUTRAJAYA 26 Nov. – Kerajaan Perpaduan akan memiliki saiz Kabinet yang lebih kecil dengan pengurangan gaji menteri, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, langkah pengurangan gaji adalah susulan perkembangan situasi ekonomi kini. “Saiz Kabinet kecil dan saya minta supaya ahli Kabinet baharu bersetuju dengan usul saya untuk kurangkan gaji mereka.Tapi ini dalam proses perbincangan dan persiapan,” katanya pada sidang media, di sini. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lebih lanjut mengenai saiz Kabinet kecil dimaksudkannya itu termasuk dari segi bilangan kementerian atau menteri. Isu saiz Kabinet menjadi…

Read More

Dr. M ucap selamat maju jaya

PUTRAJAYA 25 Nov. – Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10 semalam. Dalam catatan ringkas di Facebooknya, mantan Perdana Menteri itu mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas timbalannya sebelum ini. “Saya ucap tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Selamat maju jaya,” katanya. Semalam, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga mengucapkan tahnian kepada Anwar. “Harapan kami agar pelantikan ini dan penubuhan kerajaan…

Read More