Pas hargai sokongan tidak berbelah bagi

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti berkenaan dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kita telah berusaha sedaya upaya. Seterusnya, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) perlu membuktikan sokongan sebenar yang diterima,” katanya dalam hantaran melalui Facebook beliau.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“Yang penting ialah kita jujur kepada rakyat, bersabar dan tetap istiqamah. Kepada rakyat, kami akan terus berkhidmat. Kepada negara, kami akan terus berbakti,” katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10, selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada sebelah pagi. Anwar kemudian mengangkat sumpah di Istana Negara pada sebelah petang.

Related posts

Leave a Comment