PN tolak tawaran sertai Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Perikatan Nasional (PN) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menawarkan kepada PN untuk menyertai Kerajaan Persekutuan.

Pengerusinya, Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, PN menolak tawaran itu atas semangat untuk menyuburkan demokrasi.

“Atas semangat untuk menyuburkan demokrasi dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan dalam Parlimen Malaysia, PN berpendirian untuk tidak  menyertai kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Semalam, Anwar mengajak PN bersama dalam Kerajaan Perpaduan yang kini dianggotai gabungan parti terbesar iaitu PH, Barisan Nasional (BN) dan GPS.

“Perikatan Nasional akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen serta memastikan tadbir urus kerajaan yang berintegritidan bebas rasuah selaras dengan prinisp Prihatin, Bersih dan Stabil,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, demi untuk memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, PN bersedia untuk merintis bentuk kerjasama yang lain dengan kerajaan dalam ruang  lingkup hubungan antara kerajaan dan pembangkang.

Related posts

Leave a Comment