Tidak vaksin, UAE larang ke luar negara

EMIRIYAH Arab Bersatu (UAE) melarang warganegaranya yang tidak divaksin daripada melancong ke luar negara mulai 10 Januari ini, demikian menurut laporan agensi berita negara WAM semalam.

Laporan itu memetik kenyataan Kementerian Luar dan Pihak Berkuasa Pengurusan Krisis dan Bencana Kecemasan Kebangsaan.

Laporan itu menyebut, warganegara yang divaksin sepenuhnya juga memerlukan suntikan dos penggalak untuk layak melakukan perjalanan.

Larangan itu tidak akan dikenakan kepada mereka yang mempunyai pengecualian perubatan atau kemanusiaan.

Semalam (Sabtu), UAE merekodkan kes harian yang tinggi iaitu 2,556 yang membawa kepada 764,493 kes dengan 745,963 sembuh termasuk 908 yang pulih dalam tempoh 24 jam lalu.

Satu kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,165 orang meninggal dunia.

Related posts

Leave a Comment