Peranan semak dan imbang – Muhyiddin

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Perikatan Nasional (PN) akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen, kata Pengerusinya,  Muhyiddin Yassin.

Beliau yang turut mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 semalam berkata, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Dengan Kerajaan Persekutuan diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) Perikatan Nasional akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Anwar mengajak PN bersama dalam Kerajaan Perpaduan yang kini dianggotai gabungan parti terbesar iaitu PH, Barisan Nasional (BN) dan GPS.

Related posts

Leave a Comment