Rombak semula sistem bebas cukai

TOKYO – Mulai 1 November ini, pelawat asing dikehendaki membayar cukai penggunaan terlebih dahulu dan menuntut bayaran balik semasa berlepas.

Langkah itu susulan rombakan semula sistem pembelian bebas cukai bagi membendung penyalahgunaan oleh pelancong yang menjual semula barangan sebelum meninggalkan negara itu.

Pelawat asing kini boleh membeli barangan tanpa cukai di kedai-kedai berkaitan.

Di bawah sistem bayaran balik yang baharu, mereka akan mengimbas pasport di terminal khas di lapangan terbang dan pelabuhan untuk menerima bayaran balik secara tunai atau menerusi kad kredit semasa berlepas.

Pelancong yang dipilih untuk pemeriksaan tambahan mungkin diminta mengemukakan barangan yang dibeli untuk pemeriksaan. 

Bagi membantu mengurangkan kesesakan, lapangan terbang utama juga akan menyediakan prosedur berasaskan telefon pintar bagi membantu mengurangkan kesesakan.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment