Anwar solat Jumaat di Masjid Putra

PUTRAJAYA 25 Nov. – Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini, sehari selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 semalam.

Beliau tiba di Masjid Putra kira-kira pukul 1 tengah hari diiringi oleh Ketua Setiausaha Negara,  Mohd Zuki Ali.

Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk ‘Nasihat Buat Pemimpin Khalifah Umar Abdul Aziz Contoh Teladan’

Selesai solat beliau turut bersalaman dengan jemaah yang mengambil kesempatan bertemu lebih dekat dengan Perdana Menteri baharu itu.

Related posts

Leave a Comment