Dr. M ucap selamat maju jaya

PUTRAJAYA 25 Nov. – Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10 semalam.

Dalam catatan ringkas di Facebooknya, mantan Perdana Menteri itu mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas timbalannya sebelum ini.

“Saya ucap tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Selamat maju jaya,” katanya.

Semalam, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga mengucapkan tahnian kepada Anwar.

“Harapan kami agar pelantikan ini dan penubuhan kerajaan Malaysia yang dianggotai Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak dan lain-lain akan menstabilkan keadaan politik negara,” katanya.

Beliau berkata, rakyat tentunya mengharapkan sebuah kerajaan yang memberi tumpuan kepada krisis ekonomi yang dijangka lebih buruk tahun depan, harga barang yang membebankan rakyat, pandemik Covid-19 dan pelbagai masalah lain.

Related posts

Leave a Comment