Bali terima kehadiran pemimpin dunia

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menyambut kehadiran pemimpin-pemimpin utama dunia hari ini yang tiba di Bali bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) pada 15-16 November 2022. Turut hadir Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen, Presiden Republik Korea Yoon Suk-yeol, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan, Hadir sama Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov yang mewakili Presiden Vladimir Putin beberapa di antara pemimpin G20 yang telah tiba. (Foto fb Jokowi)

Read More

Cuti dan tol percuma balik kampung

PUTRAJAYA 14 Nov. – Kerajaan mengumumkan hari kelepasan am dan tol percuma pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). tawaran tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya pada 18 dan 19 November ini. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu bagi memudahkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing. “Bagi memudahkan pengundi balik mengundi, sebanyak 30 konsesi lebuh raya  bersetuju tawar tol percuma selama dua hari kepada pengguna sempena PRU15. “Tol bermula itu bermula pada jam 12.01…

Read More

Khidmat LRT Kelana Jaya lancar

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Pembukaan sepenuhnya perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang bermula pukul 6 pagi ini, berjalan lancar Isnin setelah 16 stesen digantung perkhidmatan selama lima hari pada minggu lepas. Tinjauan di stesen-stesen utama di sekitar Kuala Lumpur ketika waktu puncak pagi menunjukkan pergerakan penumpang adalah lancar dan kesesakan penumpang di stesen-stesen telah berkurangan . Menurut kenyataan Rapid Rail, sebagai langkah persediaan, sejumlah 92 bas perantara percuma diaktifkan untuk memberi pilihan alternatif serta kemudahan kepada orang awam. Perlaksanaan pampasan kepada penumpang LRT Laluan Kelana Jaya seperti yang telah…

Read More

Masjid Agung Sheikh Zayed UAE di Solo

SURAKARTA, Jawa Tengah  – Presiden Indonesia Joko Widodo dan Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mohammed Bin Zayed Al Nahyan hari ini merasmikan Masjid Agung Sheikh Zayed, di Solo. Masjid yang menyamai reka bentuk Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi itu dibina dengan saiz yang berbeza. Ia merupakan hadiah Presiden UAE kepada Jokowi yang juga merupakan simbol kerjasama dan persahabatan negara antara Indonesia dan UAE, khususnya dalam bidang keislaman. Terletak di kawasan seluas 3.6 hektar, di Daerah Banjarsari, masjid ini mempunyai empat menara, satu kubah utama, kubah kecil dan perhiasan bangunan…

Read More

Kerjasama BN – GPS sentiasa terjalin

SIBU 14 Nov. – Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS), sentiasa terjalin walaupun dua gabungan itu tidak lagi bersama sejak 2018, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, kedua-dua gabungan itu mempunyai sejarah panjang serta saling memahami satu sama lain. Justeru, katanya, kerjasama erat itu cukup meyakinkan untuk pihaknya memperoleh kemenangan pada PRU15 Sabtu ini. “Kerjasama dengan GPS itu pasti. Walaupun (GPS) bukan dalam komponen BN lagi, tetapi kami ada sejarah yang panjang dan saling memahami. “BN memahami aspirasi rakyat serta kerajaan…

Read More

BN sedang ‘dating’ dengan GPS?

SELANGAU 14 Nov. – Barisan Nasional (BN) sedang ‘berdating’ atau dalam erti kata lain sedang bercinta sebelum melangsungkan majlis perkahwinan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Kami sedang berdating (menjalinkan percintaan),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pembukaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Seksyen Selangau WPC08, di sini, hari ini. Kenyataan Ismail Sabri itu sebagai membalas analogi Abang Johari sebelum ini membayangkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai wanita cantik yang sedang dilamar oleh ramai lelaki (pakatan politik di Semenanjung). “Sekarang ini kita lagi syok-syok…

Read More

Isu PM : Tohmahan lawan kelirukan pengundi

BERA 14 Nov. –  Tiada modal politik. Itu reaksi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung tohmahan kononnya Dr Ahmad Zahid Hamidi bakal diangkat sebagai perdana menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Katanya, parti lawan terpaksa mengitar tohmahan seumpama itu yang bertujuan mengelirukan pengundi walaupun mereka tahu beliau satu-satunya pemimpin yang diisytiharkan sebagai calon perdana menteri oleh UMNO dan BN. Ismail yang juga Naib Presiden UMNO, berkata tohmahan itu juga bertujuan memecahbelah kepemimpinan UMNO dan BN tetapi akhirnya mendedahkan pembangkang ketandusan isu. “Mereka cuba menimbulkan kekeliruan…

Read More

Ketua Pemuda Pas Sik mohon rehat

ALOR SETAR 14 Nov. – Ketua Pemuda Pas Kawasan Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir memohon untuk berehat daripada jawatan itu berikutan tular video ceramah hukum undi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka. Permohonan berehat daripada semua jawatan dalam parti untuk tempoh yang akan dimaklumkan kelak itu dibuat menerusi sepucuk surat kepada Setiausaha Pas Kawasan Sik bertarikh 11 November lalu. Beliau, berkata permohonan yang dibuat itu adalah secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak dan akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku. “Ucapan di dalam video…

Read More

Covid-19 : Kemasukan ke hospital meningkat

PUTRAJAYA 14 Nov. – Minggu epidemiologi ke-45 (ME42/2022) menyaksikan peningkatan beberapa indikator kemasukan kes Covid-19 ke fasiliti kesihatan berbanding minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 14.4 peratus pada ME44/2022. Kementerian Kesihatan (KKM) juga merekodkan peningkatan sebanyak 16.2 peratus pesakit kategori 3, 4 dan 5 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi manakala kemasukan pesakit kategori 1 dan 2 menunjukkan…

Read More

Pengundi digalak pakai pelitup muka

PUTRAJAYA 14 Nov. – Individu positif Covid-19 yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajib memakai pelitup muka, manakala pengundi-pengundi lain digalakkan berbuat demikian. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pengundi positif Covid-19 juga tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk e-hailing dan tidak singgah di mana-mana sebelum dan selepas mengundi. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, pesakit juga perlu pulang segera selepas selesai mengundi. Katanya, bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar dan selamat terutama untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan, pengundi positif Covid-19 juga perlu mematuhi…

Read More