Cuti dan tol percuma balik kampung

PUTRAJAYA 14 Nov. – Kerajaan mengumumkan hari kelepasan am dan tol percuma pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

tawaran tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya pada 18 dan 19 November ini.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu bagi memudahkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Bagi memudahkan pengundi balik mengundi, sebanyak 30 konsesi lebuh raya  bersetuju tawar tol percuma selama dua hari kepada pengguna sempena PRU15.

“Tol bermula itu bermula pada jam 12.01 tengah malam pada 18 November sehingga jam 11.59 malam 19 November,” katanya ketika merasmikan pecah tanah Wisma CUEPACS Putrajaya, di sini, petang ini.

Mengenai cuti pula, pengumuman hari kelepasan am dua hari itu dibuat berikutan ada kemungkinan syarikat swasta beroperasi pada Sabtu.

“Hari mengundi PRU15 menjelang tiba. Sukacita saya umumkan kerajaan menetapkan Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini, sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia mengundi,” katanya.

Related posts

Leave a Comment