Masjid Agung Sheikh Zayed UAE di Solo

SURAKARTA, Jawa Tengah  – Presiden Indonesia Joko Widodo dan Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mohammed Bin Zayed Al Nahyan hari ini merasmikan Masjid Agung Sheikh Zayed, di Solo.

Masjid yang menyamai reka bentuk Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi itu dibina dengan saiz yang berbeza.

Ia merupakan hadiah Presiden UAE kepada Jokowi yang juga merupakan simbol kerjasama dan persahabatan negara antara Indonesia dan UAE, khususnya dalam bidang keislaman.

Terletak di kawasan seluas 3.6 hektar, di Daerah Banjarsari, masjid ini mempunyai empat menara, satu kubah utama, kubah kecil dan perhiasan bangunan ikonik Timur Tengah.

Jokowi baru-baru ini memaklumkan beliau akan kembali ke kampung halamannya di Solo dan menjadi rakyat biasa selepas berundur daripada jawatan presiden pada 2024.
Memetik laporan CNN Indonesia, Jokowi akan pulang ke kampung dan mahu aktif dalam sektor alam sekitar.

Masjid Agung Sheikh Zayed Solo yang boleh menampung 10,000 jemaah pada satu-satu masa akan turut menjadi pusat dakwah dan pendidikan Islam, serta pusat destinasi pelancongan agama baharu di Solo.

Masjid dengan keluasan 8,000 meter persegi ini menelan kos Rp 300 juta antara lain mempunyai perpustakaan seluas 20 meter persegi, dan basement yang digunakan untuk tempat wuduk lelaki dan wanita.

Kiai Abdul Rozaq Shofawi dari Pondok Pesantren (Ponpes) Al-Muayyad Solo dilantik sebagai Imam Besar Masjid Sheikh Zayed ini dan dibantu oleh Kiai Abdul Karim Ahmad Al Hafidz atau lebih mesra dipanggil Gus Karim dari Pondok Pesantren Al-Quraniy Azzayadiy,

Gus Karim juga adalah salah seorang guru Jokowi semasa belajar tafsir al-Qur’an dan fiqh.

(Foto fb Jokowi)

Related posts

Leave a Comment

error: Content is protected !!