Tok Pa berundur atas sebab kesihatan

JELI 2 Nov. – Penyandang kerusi Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mempertahankan kerusi yang diwakilinya sejak tahun 1995. Mustapa atau turut dikenali sebagai Tok Pa, 72, melalui satu kenyataan memaklumkan, penarikan diri itu atas faktor kesihatan dan nasihat doktor. Beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Katanya, Bersatu memilih Setiausaha Politiknya Zahari Kechik bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan. “Saya merakamkan penghargaan kepada rakyat Jeli, parti dan kerajaan kerana memberikan…

Read More

Penampilan semula Rahman Dahlan

KOTA KINABALU 2 Nov. – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan membuat penampilan semula dalam arena politik selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud, dan akan berdepan penyandang kerusi tersebut Isnaraissah Munirah Majilis daripada Parti Warisan (Warisan). Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin petang ini. Bung Moktar mengumumkan 11 calon BN yang akan ditampilkan pada PRU15, dan satu lagi kerusi di Parlimen…

Read More

Ronald Kiandee tidak dicalon semula

KOTA KINABALU 2 Nov. – Menteri Pertanian Industri dan Makanan, Ronald Kiandee yang menyandang kerusi Parlimen Beluran digugurkan daripada senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Turut digugurkan, Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa yang menyandang kerusi Parlimen Sipitang dan Timbalan Menteri Kewangan I, Abdul Rahim Bakri penyandang kerusi Parlimen Kudat. Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor petang ini. Beliau dalam pengumuman tersebut, memaklumkan seramai 13 calon daripada GRS akan dipertaruhkan pada PRU15 yang terdiri daripada Bersatu (6), PBS (4), STAR (2) ddan SAPP…

Read More

Dr Mahathir ketuai senarai calon GTA

BANGI 2 Nov. – Dr. Mahathir Mohamad mengetuai senarai 121 calon Gerakan Tanah Air (GTA) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini. Beliau yang juga Pengerusi GTA akan mempertahankan kerusi Langkawi dengan menggunakan logo Pejuang manakala calon-calon GTA di Kelantan akan menggunakan logo Putra, salah sebuah parti komponen GTA. Selain Dr. Mahathir, turut mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU lalu adalah anaknya, Mukhriz yang juga Presiden Pejuang yang akan mempertahankan kerusi Jerlun dan  Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu). Dr Mahathir, Mukhriz dan Amiruddin memenangi kerusi…

Read More

Setia bukan khianat jika tidak terpilih

PUTRAJAYA: Pemilihan calon mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan sesuatu yang mudah kerana banyak pertimbangan diambil kira sebelum pemilihan calon dimuktamadkan. Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan yang tegas, berani dan bijaksana perlu dilakukan dalam usaha memulih dan menjadi pencetus kepada kebangkitan UMNO dan BN. “Tahniah kepada semua calon BN yang berjaya dipilih. Sesungguh anda adalah yang terbaik kalangan terbaik. “Sesungguhnya Top 5 melakukan penyaringan yang terperinci bagi mengelak berlakunya pisang berbuah kali daripada sikap, pendirian dan tingkah laku yang boleh memudaratkan…

Read More

Kemelut melanda PBM selesai, fokus PRU

PUTRAJAYA 2 Nov. – Kemelut yang melanda Parti Bangsa Malaysia (PBM) selesai apabila dua pemimpin yang bertelagah, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Presidennya, Datuk Larry Sng Wei Shien berkunjung ke pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di sini pagi ini. Menurut kenyataan PBM melalui Facebook Sng hari ini dalam pertemuan itu pimpinan tertinggi parti berjaya memurnikan hal berbangkit dan akan menumpukan usaha bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). “Kepimpinan PBM bersetuju memutuskan senarai nama calon PRU15 mewakili PBM yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Larry akan menandatangani watikah calon yang bertanding,”…

Read More

Anak sulung Najib tanding DUN Peramu Jaya

KUANTAN 2 Nov. –  Tidak disenaraikan di Parlimen Pekan, tetapi anak sulung kepada Datuk Seri Najib Razak, Mohamad Nizar, tetap mendapat tempat apabila dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya. DUN Peramu Jaya adalah salah satu daripada DUN bawah Parlimen Pekan yang disandang bapanya sebelum ini. Pengerusi BN Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, ketika mengumumkan senarai 42 calon bagi DUN juga memberitahu penyandang kerusi Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali, pula akan bertanding di Parlimen Pekan. Untuk rekod kerusi Pekan…

Read More

Larut: Ustaz Kazim Elias tarik diri

IPOH 2 Nov. –  Pendakwah bebas, Mohd Kazim Elias menarik diri daripada bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak,  Saarani Mohamad mengumumkan demikian pada Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional di sini, hari ini. Saarani berkata, Mohd Kazim digantikan dengan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud. “Mohd Shafiq menggantikan Mohd Kazim yang membuat keputusan menarik diri,” katanya pada majlis pengumuman berkenaan. Pencalonan Ustaz Kazim diumumkan sendiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis…

Read More

PKR tanding 16 kerusi di Sarawak

KUCHING 2 Nov. – Wakil tunggal Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Dr Micheal Teo, digugurkan daripada senarai calon PKR Sarawak, bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini. Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengumumkan pengguguran itu di Miri, semalam dengan menamakan penggantinya iaitu Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Sarawak (AMK), Chiew Choon Man. Dr Teo, yang menyandang kerusi Parlimen itu selama dua penggal sejak 2013 menjadi wakil tunggal selepas Baru Bian, Ali Biju, Datuk Willie Mongin dan Larry Sng keluar daripada parti itu. PKR akan meletakkan 16 calon iaitu Pengerusi…

Read More