Amanah desak DUN Negeri Sembilan dibubar

SEPANG 21 Sept . – Parti Amanah Negara (Amanah), komponen Pakatan Harapan (PH) mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan susulan pergolakan politik yang didakwa mencapai tahap yang sangat kronik.

Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pertembungan antara Eksekutif dan Istana adalah bertentangan dengan roh dan prinsip Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

Beliau berkata, Amanah tidak mahu mencampuri kemelut berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar kerana perkara itu sewajarnya diselesaikan berdasarkan undang-undang, Perlembagaan dan Adat Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Amanah mendakwa pergolakan itu mempunyai kaitan dengan PRN Negeri Sembilan ke-16 yang didakwa diadakan secara mengejut susulan desakan pihak tertentu untuk menurunkan Yang di-Pertuan Besar daripada takhta.

“Hal ini diperkukuhkan dengan proklamasi yang telah ditandatangani oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim sejurus selepas PRN Negeri Sembilan ke-16 berlaku iaitu pada 3 Ogos 2026.

Situasi politik semasa bertambah meruncing apabila Menteri Besar menolak titah tersebut secara terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, dalam satu kenyataan malam tadi, Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan,  Azizi Mohamad Ali, memaklumkan Yang di-Pertuan Besar, Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan EXCO kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan tersebut, keputusan pembatalan itu dibuat selepas mendapati kesemua EXCO terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.

Dalam pada itu Amanah juga percaya bahawa pergolakan politik yang gagal diuruskan dengan baik oleh UMNO boleh menggugat kestabilan pentadbiran kerajaan negeri.

Muhammad Faiz juga berkata, Amanah berpendirian bahawa UMNO gagal untuk menghormati kedudukan institusi diraja Melayu apabila mengambil langkah-langkah menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Tindakan-tindakan yang diambil UMNO itu jelas bertentangan dengan kehendak rakyat Negeri Sembilan yang mana PRN Negeri Sembilan ke-16 yang lalu tidak langsung bertujuan untuk mengganggu gugat kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” katanya.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment