Kemelut melanda PBM selesai, fokus PRU

PUTRAJAYA 2 Nov. – Kemelut yang melanda Parti Bangsa Malaysia (PBM) selesai apabila dua pemimpin yang bertelagah, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Presidennya, Datuk Larry Sng Wei Shien berkunjung ke pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di sini pagi ini.

Menurut kenyataan PBM melalui Facebook Sng hari ini dalam pertemuan itu

pimpinan tertinggi parti berjaya memurnikan hal berbangkit dan akan menumpukan usaha bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kepimpinan PBM bersetuju memutuskan senarai nama calon PRU15 mewakili PBM yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Larry akan menandatangani watikah calon yang bertanding,” kata kenyataan itu.

Hal-hal lain berkaitan pentadbiran parti akan dibincang dan diselesaikan selepas PRU-15.

Kemelut parti bermula apabila kedua-dua pihak mengaku mereka presiden yang sah sehingga membawa kepada penggantungan Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid.

Turut digantung 12 Ahli Majlis Tertinggi PBM termasuk Zuraida.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM), Mohd Nawardi Saad mengesahkan Larry Sng masih lagi presiden yang sah dan jika ada pertikaian mengenai jawatan itu, ia perlu diselesaikan di peringkat parti.

Related posts

Leave a Comment