Bagi tahu jika tak minat – Amirudin

MASJID TANAH 21 Sept. – “Kalau tak minat, bagi tahu saja,” demikian kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Amirudin Shari, yang mahu Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian berhubung kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menteri Besar Selangor itu mahu BN menjelaskan pendiriannya berhubung kemungkinan kerjasama itu susulan tiada perkembangan mengenai pertemuan antara kedua-dua pihak setakat ini.

Amirudin Shari, berkata PH tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya BN tidak berminat untuk bekerjasama tetapi meminta pendirian itu dimaklumkan supaya PH dapat meneruskan persiapan menghadapi pilihan raya itu.

“Setakat ini tidak ada lagi ura-ura mereka (kerjasama), bila nak sampai bubar (DUN) saya tak pasti, tapi mungkin mereka tak minat.

Jadi kita tiada masalah kalau tak minat, bagi tahu saja kita teruskan (kerjasama tanpa BN),” katanya selepas melancarkan  jentera pilihan raya Masjid Tanah di Kuala Sungai Baru, di sini, malam tadi.

Amirudin yang juga Naib Presiden PKR turut mempersoalkan perkembangan pendirian BN yang sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kemungkinan kerjasama.

“Mulanya dia kata macam nak pergi solo, kemudian dia kata nak pergi dengan Pas, lepas itu boleh pula nak pergi dengan PH. Jadi, itu mungkin untuk mengaburi pihak lawan dan kawan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, PH bersedia menghadapi pelbagai senario, termasuk bertanding secara solo, membentuk jajaran baharu atau bekerjasama dengan UMNO/BN.

Pada masa sama, PH tidak akan menunggu perkembangan rundingan semata-mata, sebaliknya meneruskan persiapan termasuk menggerakkan jentera, memperkukuh pasukan dan membuat persediaan di kawasan yang dikenal pasti untuk ditandingi.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment