PKR tanding 16 kerusi di Sarawak

KUCHING 2 Nov. – Wakil tunggal Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Dr Micheal Teo, digugurkan daripada senarai calon PKR Sarawak, bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengumumkan pengguguran itu di Miri, semalam dengan menamakan penggantinya iaitu Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Sarawak (AMK), Chiew Choon Man.

Dr Teo, yang menyandang kerusi Parlimen itu selama dua penggal sejak 2013 menjadi wakil tunggal selepas Baru Bian, Ali Biju, Datuk Willie Mongin dan Larry Sng keluar daripada parti itu.

PKR akan meletakkan 16 calon iaitu Pengerusi PKR Sarawak, Roland Engan yang akan bertanding di Parlimen Baram, Ketua Penerangan dan Komunikasi PKR Sarawak, Abun Sui Anyit di Hulu Rejang.

Calon lain ialah Sopian Julaihi yang akan bertanding di Petra Jaya, Diog Dios (Puncak Borneo), Naga Libau@Tay Wei Wei (Sri Aman) dan Langga Lias (Lubok Antu).

Sementara itu, Patrick Kamis pula akan mencabar calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Betong, Ibil Jaya (Saratok), Mohd Fauzi Abdullah Joseph ( Kanowit), Abdul Jalil Bujang (Mukah), Umpang Sabang (Selangau), Khusyairy Pangkas Abdullah (Kapit), Zolhaidah Suboh (Sibuti), Racha Balang (Limbang) dan Japar Suyut (Lawas).

Related posts

Leave a Comment