Ronald Kiandee tidak dicalon semula

KOTA KINABALU 2 Nov. – Menteri Pertanian Industri dan Makanan, Ronald Kiandee yang menyandang kerusi Parlimen Beluran digugurkan daripada senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Turut digugurkan, Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa yang menyandang kerusi Parlimen Sipitang dan Timbalan Menteri Kewangan I, Abdul Rahim Bakri penyandang kerusi Parlimen Kudat.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor petang ini.

Beliau dalam pengumuman tersebut, memaklumkan seramai 13 calon daripada GRS akan dipertaruhkan pada PRU15 yang terdiri daripada Bersatu (6), PBS (4), STAR (2) ddan SAPP (1).

Untuk rekod selepas PRU lalu, seramai 13 wakil rakyat UMNO dan pemimpin kanan di Sabah bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas kerana tidak yakin dengan hala tuju parti itu di negeri ini.

Turut meninggalkan UMNO adalah empat ahli Parlimen iaitu Ronald Kiandee (Beluran), Yamani Hafez Musa (Sipitang), Azizah Mohd Dun (Beaufort), Zakaria Edris (Libaran) dan Rahim Bakri (Kudat).

Sementara itu, calon-calon GRS dari Bersatu adalah Ruddy Awah (Kudat), Amirzan Mohd Ali (Papar),  Matbali Musa (Sipitang), Khairul Firdaus Akbarkhan (Batu Sapi), Nixon Abdul Habi (Semporna) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Calon-calon PBS pula adalah Maximus Ongkili (Kota Marudu), Joniston Bangkuai (Tuaran), Yee Tsai Yiew (Kota Kinabalu) dan Lo Su Fui  (Tawau).

Manakala calon-calon STAR adalah Kenny Chua (Penampang) dan Jeffrey Kitingan (Keningau) manakala Thomas Lau Chee Keong dari SAPP di Sandakan.

Related posts

Leave a Comment