Mesyuarat Majlis Raja-Raja berakhir

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Mesyuarat  Majlis Raja-Raja ke-260 yang bermula sekitar pukul 10 pagi ini berlangsung selama hampir dua jam.

Mesyuarat hari kedua yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir itu tamat sekitar pukul 12.45 tengah hari.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berangkat ke mesyuarat berkenaan yang berlangsung di Istana Negara.

Turut berkenan berangkat ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Berangkat sama, Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin serta Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Sementara Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani turut sama hadir ke Istana Negara bagi menyertai mesyuarat tersebut.

Mesyuarat berlangsung selepas kali terakhir diadakan pada 29 dan 30 Jun lalu yang dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Related posts

Leave a Comment