PUTRAJAYA 30 Nov. – Kes jangkitan harian Covid-19 semalam, Selasa mencatatkanpenurunan dengan merekodkan 1,672 kes termasuk satu kes import berbanding 2,465 pada hari sebelumnya.
Menurut data portal KKMNOW, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,990,431 iaitu 4,951,986 kes tempatan dan 38,445 kes import.
Jumlah kematian pula meningkat kepada 10 orang berbanding lima pada Isnin dan ini termasuk dua kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).
Kedah mencatatkan tiga kematian termasuk satu BID, Perak (3), Johor, Selangor dan Terengganu masing-masing satu kes dan Melaka satu kes BID yang membawa jumlah keseluruhan 36,667 meninggal dunia.
Sementara itu, sebanyak 26,578 kes masih aktif semalam dan daripada jumlah itu 24,573 kes atau 92.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).
Sebanyak 1,911 pesakit mendapatkan rawatan di hospital dan daripada jumlah itu, sebanyak 94 orang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana 52 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Semalam juga merekodkan 2,722 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 4,927,186.
Sementara itu Selangor terus mendahului dengan merekodkan 619, turun berbanding 1,306 sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 1,532,622 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 134 (108), Kedah 133 (138), Sabah 103 (137).
Di bawah 100 kes adalah Melaka 89 (92), Negeri Sembilan 84 (86), Pulau Pinang 81 (81), Sarawak 80 (75), Kelantan 77 (147), Perak 66 (66), Terengganu 57 (66), Wilayah Persekutuan Putrajaya 52 (59), Pahang 46 (51), Johor 39 (42), Wilayah Persekutuan Labuan 9 (3) dan Perlis 8 (3).